Ini Petua Kewangan Bagi Graduan Baharu. | ERA BARUS : Tamatnya satu tahap dalam kehidupan sebagai seorang pelajar bermakna sudah bermula perjalanan kehidupan seterusnya sebagai dewasa. Apabila umur menginjak dewasa, segala tanggungan kehidupan tidak lagi akan dibiaya oleh ibu bapa. Kini, saat menerima gaji pertama, anda perlu fikirkan tentang perbelanjaan sara hidup, pembayaran pinjaman ketika belajar, wang simpanan dan sebagainya.
Bagi mereka yang baru mengorak langkah menuju alam dewasa, perancangan dan pengurusan hidup boleh menjadi sesuatu yang menggentarkan. Kami kongsikan beberapa tip boleh menjadi rujukan untuk merancang dan membina kewangan yang kukuh.
Banyakkan pembacaan berkaitan kewangan
Terdapat pelbagai pilihan buku kewangan yang berada di pasaran. Menurut The Balance, salah satu buku kewangan yang menjadi pilihan orang ramai ialah ‘The Total Money Makeover’ hasil penulisan Dave Ramsey.
Jom tengok sini tempat makan best . Kami ada menyediakan list-list kedai makan yang best untuk anda rasai.
Buku ini dikatakan boleh membantu untuk menaik taraf perancangan kewangan sekaligus menerangkan cara untuk hidup bebas daripada dibelenggu hutang. Buku ini juga menawarkan nasihat berkaitan memulakan dana kecemasan, menyimpan untuk persaraan dan sebagainya.
Jika anda mahukan alternatif tanpa mengeluarkan wang, pembacaan artikel-artikel berkaitan kewangan dalam talian juga boleh menambah ilmu kewangan. Relevan juga telah menerbitkan beberapa artikel berkaitan kewangan yang boleh menjadi rujukan anda. Antaranya ialah:
Amalkan kehidupan bersederhana
Sebelum berbelanja, kenal pasti sama ada ia keperluan atau kehendak. Sebaik-baiknya dahulukan keperluan seperti makan dan minum secara bersederhana. Tidak salah untuk berbelanja lebih tetapi pastikan ia tidak keterlaluan dan tidak terlalu kerap.
Kunci kepada pengurusan kewangan yang berjaya ialah dengan mengawal nafsu untuk berbelanja berlebihan. Bina pelan perbelanjaan yang memperincikan di mana setiap sen pendapatan anda harus pergi dan latih diri untuk disiplinkan diri untuk patuh kepada pelan perbelanjaan.
Untuk memudahkan urusan, muat turun aplikasi perancangan kewangan seperti Money Lover, Spendee, Expensify dan Monny. Log masuk setiap aliran keluar masuk wang dan teliti perbelanjaan harian di hujung bulan. Perhatikan sama ada perlu kurangkan perbelanjaan atau tidak.
Jangan tangguh bayaran pinjaman pelajaran
Kadar faedah pinjaman pelajar anda akan lebih meningkat jika semakin lama menangguhkan pembayaran semula. Sekiranya menghadapi beban atau kekangan kewangan, hubungi pemiutang dan runding supaya mendapat jadual pembayaran yang sesuai dan kurang membebankan.
Mulakan pemilikan insurans awal
Sekiranya mampu, ada baiknya jika memulakan pemilikan insurans seawal yang mungkin. Lebih awal anda membeli insurans untuk diri sendiri, lebih murah premium anda. Premium dalam terma insurans merujuk kepada jumlah yang dibayar secara berkala kepada syarikat insurans oleh pencarum untuk melindungi risiko-risiko tertentu.
Insurans amat penting jika anda mempunyai pinjaman pelajaran atau mahu kehidupan ibu bapa dan anak pada masa hadapan lebih terjaga serta terjamin sekiranya anda meninggal dunia. Mulakan dengan pelan insurans mampu milik untuk insurans sepanjang hayat atau kad perubatan.
Bina nilai kredit yang baik
Dengan mempunyai nilai kredit yang sihat adalah penting untuk kerana institusi perbankan akan merujuk kepada sejarah pinjaman seseorang untuk memberi kelulusan pembiayaan membeli rumah, kenderaan atau peribadi dengan kadar faedah yang bermunasabah.
Berikut merupakan tiga perkara perlu dilakukan untuk mula membina nilai kredit yang baik. Jom tengok sini tempat makan best . Kami ada menyediakan list-list kedai makan yang best untuk anda rasai.
Dapatkan kad kredit tanpa yuran tahunan
Salah satu cara paling mudah untuk mula membina nilai kredit ialah dengan mendapatkan kad kredit. Setiap penggunaan kad kredit akan menyumbang kepada sejarah kredit. Dengan memohon kad kredit tanpa yuran tahunan, anda berpeluang untuk meminimumkan kos dan hanya menggunakannya untuk perbelanjaan petrol atau kegunaan kecemasan.
Semak komitmen kewangan dan pinjaman anda
Sebelum menghantar permohonan kad kredit, semak semua komitmen semasa seperti bil utiliti atau hutang supaya anda dapat mengenal pasti keadaan kewangan anda. Dengan melakukan ini, anda boleh mengurus kewangan dengan lebih baik.
Semak dan jejaki skor kredit anda dengan kerap
Sebaik sahaja anda mempunyai kad kredit, lakukan permohonan untuk menyemak skor kredit dan melaporkan dalam tempoh enam bulan pertama untuk memastikan semua maklumat peribadi yang diisi adalah tepat. Kemudian, pengguna kad kredit juga dinasihatkan untuk menjejaki laporan kredit setiap enam bulan untuk memastikan maklumat kredit dan maklumat peribadi adalah sejajar.