Minyak

Ini 6 Tips Untuk Jimatkan Minyak Kereta.

2026-03-25

Kos sara hidup pada masa kini sedang naik secara mendadak dan semakin sukar untuk berjimat. Antara keperluan asas yang harganya semakin naik adalah kos petrol. Biasanya kenaikkan petrol akan membawa impak kepada banyak faktor dari segi makanan, logistik, pengangkutan dan selainnya.

Cara Berkesan untuk Jimat Minyak Kereta

Banyak orang bergantung pada minyak kereta untuk bergerak ke sana-sini. Oleh sebab itu, ianya penting untuk mengetahui cara-cara yang dibukti secara saintifik untuk menjimatkan minyak kenderaan! Berikut adalah beberapa cara yang berkesan untuk mengurangkan kos petrol!

1. Jangan Biarkan Enjin Berjalan Ketika Menunggu

Jika anda perlu berhenti dan menunggu lebih daripada 30 saat, matikan enjin anda. Tak kiralah sama ada menunggu untuk mengambil ahli keluarga ataupun berhenti untuk membuat panggilan atas telefon bimbit, mematikan enjin dapat sedikit sebanyak mengurangkan pembaziran petrol yang sepatutnya digunakan untuk bergerak.

Sebagai alternatif, jika kereta anda mempunyai ‘eco mode’, aktifkan fungsi tersebut. Fungsi ‘start-stop’tersebut dapat membantu mengurangkan penggunnaan petrol. Kaedah ini adalah bermanfaat terutamanya apabila anda berada di dalam kesesakan lalu lintas.

Ini Jumlah Minyak Yang Dimiliki Oleh Negara Venezuela Yg Ramai Orang Tak Tahu!

2. Servis Kereta Anda

Penyelenggaraan kenderaan dari masa ke masa bukan sahaja dapat mengekalkan status kereta tetapi juga dapat meningkatkan effisiensi bahan api. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tarikh servis kereta yang seterusnya.

Selain itu, sentiasa pastikan tayar anda dipam dengan baik. Tayar kempis bukan sahaja berbahaya tetapi akan menggunakan lebih banyak petrol disebabkan lebih kuasa diperlukan untuk pergerakan.

3. Ringankan Kenderaan Anda

Jika kereta atau motosikal itu lebih berat, lebih kuasa diperlukan untuk menggerakkanannya. Oleh itu, cuba meringankan kenderaan anda dan buang benda-benda yang tidak diperlukan, terutamanya dari tempat duduk belakang dan but.

4. Elakkan Kesesakan Lalu Lintas

Mungkin anda tidak tahu, tetapi kesesakan lalulintas boleh menyebabkan kenderaan anda membakar lebih petrol. Ini kerana setiap kali anda berhenti dan memacu semula, jumlah petrol yang digunakan lebih banyak berbanding jika anda menyusuri jalan pada kelajuan yang agak santai dan tetap.

Tip: Semak Google Map atau Waze sebelum memulakan perjalanan anda untuk mencari laluan yang lebih pantas.

5. Guna Kad Kesetiaan Petrol

Tukarkanlah ganjaran mata petrol anda kepada tunai. Anda juga perlu mengutamakan kemudahan diri anda sendiri terlebih dahulu di mana anda boleh mencari stesen minyak berdekatan dengan rumah atau tempat kerja anda. Dengan itu, anda boleh mula mencari stesen petrol yang menawarkan faedah yang terbaik untuk anda.

‘Viral’ Video Pemilik Kereta Mewah Lempar Duit Pada Pekerja Stesen Minyak

6. Amalkan Perkongsian Kenderaan

Amalan ‘Carpool’ boleh dipraktikkan sama ada anda mempunyai kereta ataupun motosikal. Anda hanya perlu mencari rakan sekerja, ahli keluarga atau jiran yang bekerja di kawasan yang sama dengan anda. Anda tidak perlu membawa kenderaan keluar setiap hari dan hanya perlu memandu atau membonceng 3 atau 4 hari dalam seminggu. Strategi ini boleh mengurangkan penggunaan petrol anda sehingga 50% setiap minggu.

Artikel Lain