kerja

6 Tips Urus Kewangan Ketika Mencari Pekerjaan.

2024-08-01

6 Tips Urus Kewangan Ketika Mencari Pekerjaan. | ERA BARUS : Proses mencari pekerjaan bukanlah satu proses yang mudah dan mungkin memakan masa yang panjang. Ketahui tip-tip yang boleh diaplikasikan untuk menguruskan kewangan sementara memperoleh pekerjaan baru.

kewangan

Tahun lalu (dan juga tahun ini) telah mengajar kita untuk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Seramai lebih 18,000 rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan apabila banyak industri yang tidak dapat bertahan semasa pandemik. Jika anda baru sahaja kehilangan pekerjaan dan dalam proses mencari pekerjaan baru, anda perlu bersedia secara kewangan sementara mendapatkan pekerjaan baru.

Selain mengemas kini resume anda, anda perlu memikirkan kaedah pengurusan kewangan yang berkesan bagi memastikan anda masih mampu menyelesaikan sewa rumah, bil dan belanja makanan semasa dalam tempoh ketiadaan pekerjaan.

1. Lihat semula situasi kewangan anda

Kenal pasti tahap kewangan anda yang terkini. Kumpul semua maklumat tentang kewangan anda. Berapa jumlah simpanan anda? Adakah anda mempunyai sebarang hutang atau komitmen lain? Adakah anda mempunyai sebarang aset yang boleh dijual atau disewakan untuk memperoleh keuntungan sementara anda tidak bekerja? Semak juga maklumat akaun bank termasuklah deposit dan penyata bank untuk mengenal pasti berapa lama anda boleh bertahan dengan jumlah sedia ada. Adakah anda mempunyai rancangan lain seperti berkongsi bayaran sewa rumah dengan rakan atau menjual barangan anda jika perlu. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.

2. Buat kira-kira bajet anda

Semak bil utiliti anda dan kenal pasti berapa jumlah yang anda belanjakan untuk sewa, makanan dan keperluan lain secara bulanan. Maklumat seperti ini mampu membantu anda untuk merancang bajet dengan baik dan menganggarkan jumlah yang diperlukan untuk menampung kos seharian. Ia amat penting bagi membolehkan anda merancang perbelanjaan secara realistik dan mampu mengikutinya. Jangan lupa juga untuk menyimpan sedikit bagi simpanan kecemasan untuk situasi seperti jatuh sakit atau kereta yang rosak dan perlu dibaiki dengan serta merta.

3. Pertimbangkan untuk kerja tambahan

Ada kalanya simpanan anda mungkin tidak mencukupi untuk menampung diri semasa fasa mencari kerja. Untuk situasi sebegitu, adalah digalakkan untuk mencari kerja tambahan yang berkaitan dengan kepakaran anda. Jika anda boleh menulis, membuat reka bentuk atau kerja pengekodan, platform kerja tambahan seperti Upwork atau Fiverr adalah antara tempat untuk mencarinya. Di sini, anda boleh mengiklankan kepakaran anda dan jika ada klien yang berminat, mereka boleh menghubungi anda melalui platform tersebut.

4. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu

Anda mungkin perlu melupakan buat sementara waktu perbelanjaan yang tidak penting seperti kopi di kafe untuk setiap pagi, keluar berhibur selepas waktu kerja atau langganan program televisyen di internet. Cuba untuk lebih berjimat-cermat dan berhati-hati dalam perbelanjaan, hanya untuk perkara yang penting sahaja. Anda boleh mula mencatat perbelanjaan harian samada menggunakan aplikasi melalui telefon bimbit atau dokumen Excel. Mungkin sukar untuk anda mulakan, tetapi jika sudah terbiasa, ia akan menjadi rutin dan kebiasaan walaupun semasa kewangan anda sudah stabil. Anda juga akan lebih mudah untuk merangka bajet jika kesemua perbelanjaan dicatatkan.

5. Gunakan wang tunai

Ya, tip ini mungkin kelihatan agak mudah berbanding tip yang lain tetapi tidak mudah lebih-lebih lagi jika anda kerap menggunakan kad kredit bagi menggantikan wang tunai. Dengan menggunakan wang tunai, anda boleh membantu merupakan untuk mengurangkan hutang kad kredit yang tidak perlu. Mengira jumlah wang adalah lebih realistik berbanding hanya meleretkan kad kredit sahaja.

Kajian juga sudah menunjukkan bahawa menggunakan kad kredit berbanding wang tunai meningkatkan “kesediaan untuk berbayar” – sebanyak 83% berbanding wang tunai. Dengan kehadiran logo kad kredit sahaja sudah meningkatkan kebarangkalian sebanyak 10% untuk berbelanja.

Oleh sebab itu, jika anda “memaksa” diri untuk menggunakan wang tunai berbanding kad kredit, ia mampu membantu mengurangkan kekerapan untuk meleretkan kad tersebut dan jumlah hutang juga akan berkurangan. Dan ia mampu meringankan beban hutang semasa mencari pekerjaan. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.

6. Buat sendiri jika mampu

Jika terdapat barangan atau peralatan yang anda boleh buat atau baiki sendiri, anda mampu menjimatkan wang untuk mengupah orang luar. Pada masa ini, terdapat banyak video panduan yang boleh didapati di internet jika anda mahu melakukan atau membaiki peralatan di rumah secara sendiri. Namun, perlu diingati juga bahawa bahan-bahan atau peralatan yang diperlukan mungkin juga mahal atau melebihi daripada bajet bulanan anda.

Kesimpulan

Proses mencari pekerjaan bukanlah perkara yang mudah dan selalunya memakan masa yang lama daripada anda jangkakan. Semakin lama masa yang diambil, semakin sukar untuk anda bertahan jika tiada perancangan kewangan yang teliti. Oleh sebab itu, amat penting untuk sentiasa bersedia dan belajar asas pengurusan kewangan walaupun anda masih mempunyai pendapatan tetap sekarang. Ia mampu membantu anda semasa dalam waktu yang tidak menentu ini dan memberikan anda ruang untuk bernafas sementara memperoleh pekerjaan baru.

Artikel Lain