Selalu Ramai2 Rasa Was-Was Sebelum SOLAT. Ini Jawapan Yg Dijawab Oleh UAI !!!

| December 5, 2017 | 0 Comments

Selalu Ramai2 Rasa Was-Was Sebelum SOLAT. Ini Jawapan Yg Dijawab Oleh UAI !!! | Era Barus – Pernahkah kita melihat ada sesetengah orang terpaksa berulang kali mengangkat takbir ketika mendirikan solat. Itu merupakan salah satu contoh perasaan was-was yang cuba ditimbulkan oleh syaitan.

Setengah ulama menyebut bahawa sunat bagi siapa yang mahu memulakan taharah atau sembahyang atau lain-lain ibadah membaca : لاإِلـهَ إِلاَّ اللَّـهُ dari kerana syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir maka ia akan lari sejauh mungkin.

Telah berkata Al-Sayyed Al-Jalil Ahmad bin Abu Al-Hawari : “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman Al-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia pun berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila saja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah, kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu.

Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah was-was itu akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”

Menurut hadith yang sahih riwayat Syaikhain bahawa manusia itu sentiasa tertanya-tanya, sampai kepada pertanyaan Allah menjadikan makhluk ini, lalu siapa pula yang menjadikan Allah itu? Maka barangsiapa diwas-waskan seperti itu, hendaklah dia membaca :
آمَنـْتُ بِـاللَّـهِ وَرُسُـلِـهِ
artinya : “Aku beriman kepada Allah dan sekelian RasulNya.”

Imam Abu Al-Hasan Al-Syazali pernah mengajarkan sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik, dia mengatakan kepada mereka, bahawa barangsiapa yang merasa hal yang seumpama itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya dan mengucapkan :
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ الْخَلاَّقِ الْفَعَّالِ
artinya: “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa yang Maha Suci dari kekurangan yang Maha Menciptakan sekalian makhluk dan yang Maha Melakukan (apa saja yang dikehendakiNya).”

Bacaan tersebit dibaca 7 kali kemudian membaca pula :
إِن يَشَأ يُذهِبكُم وَيَأتِ بِخَلقٍ جَدِيدٍ ¡ وَمَا ذلِكَ عَلَى اللَّـهِ بِعَزِيزٍ
(سورة ابراهيم : 19-20)

Ertinyanya: “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.”
(Ibrahim: 19 – 20)

Bagi yang mahu bersembahyang hendaklah melakukan amalan diatas sebelum mengangkat takbir sembahyang.
Jika datang juga syaitan menganggu selepas itu maka jangan sekali-kali dilayan dan teruskan dengan kerja-kerja ibadah yang sedang dilakukan.
walahua’lam

Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus

Sumber : UstazAzharIdrusOriginal

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *