Allahukabar !!! 3 Wasiat Yg Di Tinggalkan Buat Pencinta Rasullullah S.A.W !!!

| December 4, 2017 | 0 Comments

Allahuakbar !!! 3 Wasiat Yg Di Tinggalkan Buat Pencinta Rasullullah S.A.W !!! | Era Barus – Alhamdulillah, baru sudah kita selelai menyambut Maulidur Rasul dengan jayanya. Tetapi tidak bermakna hanya hari itu kita mengingati Nabi Muhammad s.a.w.

(قل بفضل الله و برحمته فبذلك فليفرحوا هو خير مما يجمعون)

“Katakanlah (Wahai Muhammad); dengan kurniaan dan RAHMATNYA, hendaklah mereka bergembira, Maka itu lebih baik dari apa sahaja yang mereka kumpulkan”

Berkata sebahagian Ahli Tafsir; “Rahmat” yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah Rasulullah SAW . Bermakna: “Hendaklah mereka bergembira dengan kehadiran Rasulullah SAW di dalam kehidupan ini.

Maka sekurang-kurangnya lakukanlah tiga perkara berikut sebagai tanda gembira akan kehadiran Rasulullah SAW walaupun jauh sekali jika dibandingkan dengan para sahabat meluahkan rasa cinta mereka.

#1 – Perbanyakkan Selawat

Berkata Syeikh As Sakhawi dalam Kitab Qoulil Badi’ ;

Paling kurang selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam seharian ialah 300 kali.

Rasulullah SAW bersabda:

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه
عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَات

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah Taala akan berselawat (menurunkan rahmat) baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat (di syurga kelak)”

Sabda Nabi SAW:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut tentang-ku mereka tidak berselawat ke atasku”(Sahih Tirmizi)

#2 – Sunnah Rasulullah SAW

Kalau bukan kita yang hidupkan sunnah Rasulullah SAW maka siapa lagi ? Hidupkanlah Sunnah Nabi Muhammad SAW dengan penuh rasa keagungan, rasa rindu dan kasih. Makan minum, keluar masuk bilik air, Solat lima waktu dan sebagainya. Bukalah Kitab Syamail Muhammadiah untuk mengenali sunnah-sunnah tersebut.

#3 – Khidmat Untuk Ummat Nabi Muhammad SAW

Ummat Rasulullah SAW adalah umum; Muslim dan juga Kafir. Harus bermuamalah dengan mereka dengan cara Rasulullah SAW bermuamalah lebih-lebih lagi Muslim. Berkhidmatlah dengan mereka dengan perasaan bahawa engkau menjadi wakil Nabi Muhammad SAW dalam khidmatmu itu supaya tidak akan engkau pancarkan akhlakmu melainkan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Tidak akan terpancar melainkan kasih sayang Nabi Muhammad SAW. Di sana nanti akan terpancar rahsia kenabian dalam berdakwah. Semoga sedikit sebanyak usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW di dunia ini dengan niat agar supaya Allah Taala mendekatkan kita dengan Baginda ‎SAW di sana nanti InsyaAllah. Amin.

Sumber : Takzirah.net

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *