Suka Baca Ramalan Bintang & Tilik Nasib. Rupa2nya Pandangan Islam Bakal Ramai TERPANA !!!

| November 29, 2017 | 0 Comments

Suka Baca Ramalan Bintang & Tilik Nasib. Rupa2nya Pandangan Islam Bakal Ramai TERPANA !!! | Era Barus – Zaman serba canggih pelbagai cara boleh kita peroleh maklumat  ramalan bintang iaitu penerangan tentang kelebihan dan kekurangan dalam diri kita. Selain itu, tilik nasib dengan berjumpa dengan dukun, peramal , dan lain2. Ini penerangan dalam Islam bakal buat ramai tak sangka…

Firman Allah :
قُلْ لا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللَّهُ
Ertinya: Katakanlah : “Tidak ada seorang pun pada langit dan pada bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (An Naml : 65)

dan firman Allah :
قُلْ لا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلا ضَرّاً إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Ertinya: Katakanlah (wahai Nabi) : “Aku tidak berkuasa menarik menafaat bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”. (Al-Araf :188)
dan firman Allah :
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَداً . إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَداً
Ertinya: (Dia adalah Tuhan) Yang mengetahui perkara yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang jua pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada mereka yang diridhai-Nya dari kalangan rasul.

Maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (yakni malaikat) di hadapan dan di belakangnya.” (Al-Jin : 26-27)
dan firman Allah lagi :
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُوماً لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah menghiasi langit-langit dunia dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.” (Al Mulk : 5)

Rasulullah saw bersabda :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اقْتَبَسَ عِلْمًا مِنْ النُّجُومِ اقْتَبَسَ شُعْبَةً مِنْ سِحْرٍ مَا زَادَ زَادَ وَمَا زَادَ زَادَ
artinya : “Siapa yang mempelajari ilmu ramal bintang berarti ia telah mempelajari cabang dari ilmu sihir, apabila bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pulalah ilmu sihirnya.” (Hadith Ahmad)
dan

Rasulullah saw bersabda :
مَنْ أتى عَرَّافًا فَسَأَلهُ عَنْ شَئٍ لم تقْبَل لَهُ صَلاةُ أربعينَ ليلةً
Ertinya: “Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal lalu dia menanyakan tukang ramal itu maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam.” (Hadith Ahmad & Turmizi)

Rasulullah saw bersabda :
من أتى كاهنا أو عرافا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه و سلم
Ertinya: Barangsiapa yang mendatangi seorang tukang tenung atau tukang ramal nasib lalu dia percaya pada apa yang dikatakan olehnya maka dia telah mengingkari (kufur) akan syariat yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Ashabu Sunan)

dan
عن معاويةَ بنِ الحكم السُّلمي رضي الله عنه قال: «قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ ! أُمُورًا كُنَّا نَصْنَعُهَا فِي الجَاهِلِيَّةِ، كُنَّا نَأْتِي الكُهَّانَ قَالَ: فَلاَ تَأْتُوا الكُهَّانَ»
Ertinya: dari Muawiyah bin Hakam As-Sulami ra berkata :
Ya Rasulullah, selalu kami lakukan di masa jahiliyah dimana kami pernah pergi ke tukang ramal. Nabi bersabda: Jangan datang kepada tukang ramal. (Hadith Muslim)

Nabi saw bersabda:
من اقتبس شعبة من النجوم، اقتبس شعبة من السحر، زاد ما زاد
Ertinya: Barangsiapa yang mengambl bagian dari ilmu bintang maka ia telah mengambil bagian dari ilmu sihir. (Hadith Ibn Majah & Abu Daud)

Maksud Hadith :
Imam Syaukani berkata : kata “arraf” atau dukun tukang ramal adalah seseorang yang membahas tentang barang curian atau harta yang hilang dimana tempat barang itu dan siapa pencurinya dan apa sifatnya. Termasuk dalam kategori “arraf” adalah ahli nujum. Adapun orang yang pergi pada tukang ramal untuk bertanya tentang sesuatu supaya dia memberitahu tempat barang yang dicuri atau hilang, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari dan malam selain dosa yang ditimpakan padanya samada solat fardhu atau sunat. (Kitab Nailul Authar)

Berkata Syeikh Qardhawi :
ولو وعى الناس وفقهوا أن الغيب لا يعلمه إلا الله، وأن نفسًا لا تدري ماذا تكسب غدا، وأن التهجم على ادعاء الغيب ضرب من الكفر، وأن تصديق ذلك ضرب من الضلال، وأن العرافين والكهنة والمنجمين وأشباههم كذبة مضللون – ما نفقت سوق هذا الباطل، ولا وجد من يكتبه أو يقرؤه بين المسلمين
Ertinya : Seandainya umat Islam sedar dan mengerti bahawa perkara ghaib hanya diketahui oleh Allah, dan bahawa seseorang tidak akan tahu apa yang akan terjadi esok hari dan bahawa mengaku tahu perkara ghaib itu adalah bahagian dari kekufuran, dan bahwa mempercayai hal itu adalah bahagian dari kesesatan, dan bahawa tukang ramal dan ahli ilmu nujum dan yang serupa dengan itu adalah para penipu yang menyesatkan maka niscaya tidak terjebak seseorang pada kebatilan ini dan pasti tidak ada orang Islam yang akan menulis atau membaca ramalan bintang. (Fatawa Ahkam) Wallahua’lam

Sumber :UstazAzharIdrusOriginal

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *