Ramai Yg Melakukan Jual Beli Ketika Solat Jumaat. Ini Jawapan Padu Buat Ramai TERSENTAP !!!

| November 23, 2017 | 0 Comments

Ramai Yg Melakukan Jual Beli Ketika Solat Jumaat. Ini Jawapan Padu Buat Ramai TERSENTAP !!! | Era Barus – Dewasa kini, kini melihat urusan perniagaan berlaku saat waktu solat sunat jumaat. Di sini, timbul satu persoalan di mana ada perniagaan itu dikira sah.Ini penjelasan yang menarik.

Solat Jumaat hukumnya wajib berdasarkan dalil dari al-Qur’an, as-Sunnah, dan ijma’ (kesepakatan) ulama.
Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ , فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (QS. Al Jumu’ah: 9-10).

Ini bermakna apabila Imam telah naik mimbar dan muaddzin telah mengumandangkan azan di hari Jumaat, maka wajib bagi kaum lelaki yang wajib solat Jumaat bersegera memenuhi panggilan muaddzin dan meninggalkan semua pekerjaannya serta diharamkan melakukan segala bentuk transaksi termasuk jual beli.

Telah disepakati oleh keempat-empat mazhab, hukum berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua (Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
Sungguhpun jual beli itu sah namun perbuatan sedemikian adalah dilarang, malah mereka yang tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat pun berdosa apabila dia bermuamalat bersama mereka yang diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Al-Halal Wal Haram Fil Islam menegaskan perkara ini dengan mengemukakan kaedah yang dipersetujui oleh para ulama Fiqh iaitu: “Perkara yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang haram, maka perkara itu juga adalah haram.”
Wallahua’lam.

Sumber : FB Takzirah&SoalJawab

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *