Rahmat Di Sebalik Musibah Memiliki Anak DERHAKA Dari Pandangan BERBEZA !!!

| November 28, 2017 | 0 Comments

Rahmat Di Sebalik Musibah Memiliki Anak DERHAKA Dari Pandangan BERBEZA !!! | Era Barus – Permasalahan anak-anak sebenarnya bukanlah masalah. Ini kerana semua ibu bapa di seluruh dunia merasainya.

Ada ibu bapa yang respon dengan gembira, ada yang serabut dan ada yang lari dari masalah.

Kenapa respon berbeza-beza ya?

Bukankah permasalahannya sama?

Jawapannya ialah cara pandang atau melihat yang membezakan kita. Itulah sebab mengapa  barat sudah tidak menggunakan perkataan problem tetapi ditukar kepada “i have a situation”.

Cara Pandangan 3 Orang Ini

Bayangkan 3 orang pergi ke Port Dickson (PD) di pantai yang sama, tempat yang sama, dan waktu yang sama.

Orang pertama cara pandang untuk ke PD ialah kerana nak tengok dugong yang tak cukup pakaian (kiasan). Apabila itu cara pandangnya, apa yang akan dilakukan sesampainya di PD?

Ya.. Pasti matanya meliar ke kiri ke kanan melihat di mana adanya dugong yang berseluar segi tiga. Hotel yang dimasuki pula biasanya yang ramai Mat Toleh, yang pastinya ada swimming pool supaya senang nak skodeng.

Maka hasilnya Insha Allah dia akan temui dugong walaupun cara pandangnya salah.

Orang kedua pula cara pandangnya untuk ke PD ialah untuk mencari ketenangan dan kerehatan.

Sesampainya di pantai PD, pasti matanya tidak liar ke kiri ke kanan macam orang pertama tadi, tetapi dia akan fokus ke tempat yang bersesuaian untuk melihat keindahan birunya air laut.

Biasanya dia akan memilih duduk di pokok yang rendang yang di bawahnya ada kerusi malas, dengan cara duduk yang cukup santai dan meja kecil di sebelahnya yang mempunyai air jus buah yang asli, siap ada payung kecil lagi di jusnya itu.

Hotel yang akan didudukinya pula mesti yang paling mahal dan selesa, membuka tingkap hotel saja, sudah melihat pantai dan laut yang biru sambil pemandangan matahari terbit / terbenam.

Apabila itulah tindakannya, sudah pasti dia akan mendapat ketenangan dan kerehatan Insha Allah.

Akhir sekali orang yang ketiga ke PD juga. Tapi, tapi sayang…Cara pandangnya adalah PD tempat mencandat sotong dan memancing ikan yang mantop.

Maka sesampainya di PD, pastinya tidak bertindak seperti orang pertama dan kedua, tetapi akan mencari umpan, cacing, joran, dan sampan untuk beraksi di tengah laut. Kalau tak dapat ikan dan sotong, pasti dia tidak balik dan menunggu sehingga dapat.

Hasilnya kan dapat tu.

Apa yang membezakan mereka bertiga?

Ya… cara pandang.

Begitu juga anak yang dianggap derhaka boleh bertukar menjadi rahmat dengan membetulkan cara pandang.

Akhirnya kita akan sentiasa menjadi hambaNya yang mampu sentiasa tersenyum dalam apa keadaan sekalipun.

9 Kategori

Musibah anak degil atau derhaka boleh dikategorikan kepada 9 kategori:-

1. Tanda Qiamat
2. Menunjukkan kekuasaanNya
3. Menaikkan darjat hambaNya
4. Mengampun dosa hambaNya
5. Manusia ambil pengajaran
6. Kemaqbulan doa kepada mereka yang dizalimi
7. Menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik
8. Membuka ruang bantuan dan khairat kepada orang ramai
9. Mengazab dan yang tinggal tidak diazab mengambil pengajaran

Ajaib sungguh urusan orang mukmin kerana sesungguhnya segala urusannya baik belaka.

Dan ini tidak berlaku kepada sesiapa melainkan mukmin sahaja.

Jika dia diuji dengan kesenangan dia bersyukur, dan ia adalah terbaik untuknya, dan jika dia ditimpa musibah dia bersabar, dan ia adalah terbaik untuknya.

Selamat hidup dengan bahagia dan ceria.

Video Pengajaran

Sumber : zamrizainuldin

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *