Menteri Undang2 Pakistan Letak Jawatan. Puncanya Buat Ramai TERGAMAM !!!

| November 28, 2017 | 0 Comments

Menteri Undang2 Pakistan Letak Jawatan. Puncanya Buat Ramai TERGAMAM !!! | Era Barus – Atas rasa tanggungjawab dan desakan dari ribuan penunjuk perasaan di ibu negara Pakistan seorang menteri undang-undang letak jawatan.

ISLAMABAD, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Menteri Undang-Undang Pakistan, Zahid Hamid bersetuju dengan desakan ribuan penunjuk perasaan yang menyekat lebuh raya utama memasuki ibu negara sejak lebih seminggu lalu, lapor stesen radio.

Perjanjian ditandatangani yang menyaksikan penunjuk perasaan di Islamabad dan bandar lain menamatkan sekatan mereka, kata Menteri Dalam Negeri, Ahsan Iqbal kepada Mahkamah Tinggi Islamabad hari ini – menamatkan kebuntuan yang boleh mengancam keamanan di seluruh negara.

“Dengan jaminan Ketua Angkatan Tentera, kami menamatkan tunjuk perasaan ini,” kata ketua penunjuk perasaan dan juga ulama, Khadim Hussain Rizvi di hadapan kira-kira 2,500 penunjuk perasaan di Islamabad, hari ini.

Perjanjian itu juga menyaksikan semua penunjuk perasaan yang ditangkap sejak 8 November lalu, akan dibebaskan dalam tempoh tiga hari.

Kerajaan juga akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang berlaku ke atas harta awam dan swasta sepanjang tunjuk perasaan itu berlaku.

Siasatan juga akan dilakukan ke atas tidakan pihak berkuasa yang cuba mematahkan sekatan itu Sabtu lalu, di mana polis antirusuhan menembak gas pemedih mata, peluru getah dan menyembur air ke arah penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan membalas balik dengan membaling batu, kayu dan besi. Sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan terbunuh, manakala 217 lagi, kebanyakannya anggota pasukan keselamatan, cedera.

Zahid Hamid dituduh oleh ulama negara itu melakukan penghinaan terhadap Islam kerana mengubah perkataan sumpah yang digunakan Ahli Parlimen.

Penunjuk perasaan diketuai Rizvi dan beberapa lagi ulama, berpendapat perubahan perkataan itu menunjukkan kerajaan berlembut dengan pengikut fahaman Ahmadi yang tidak dibenar mengakui diri mereka sebagai Islam di Pakistan.

Berikutan itu, perkataan sumpah berkenaan telah diubah kembali kepada yang asal, namun penunjuk perasaan tidak berganjak sebaliknya mendesak Zahid meletak jawatan daripada Kabinet.

Menurut perjanjian yang ditandatangani hari ini, kerajaan juga akan menjalankan siasatan awam bagaimana perkataan itu diubah.

Parti politik diketuai Rizvi, Tehreek-e-Labbaik Pakistan (TLP), pula bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang fatwa terhadap Zahid.

Menghina Islam adalah isu sensitif di Pakistan, malah dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan hukuman mati. Semakin banyak mereka yang dituduh menghina Islam menjadi sasaran serangan ganas perusuh dan penunjuk perasaan.

Sejak 1990, sekurang-kurangnya 73 orang dibunuh berkaitan isu menghina Islam. Ini termasuk mereka yang menghina Islam, keluarga mereka dan peguam yang mewakili mereka. – Agensi

Sumber : ismaweb

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *