Mengapa Kanak2 Liat Nak SOLAT. Ini Jawapan Ustaz Zamri MANTOP Yg Terbaik !!!

| November 23, 2017 | 0 Comments

Mengapa Kanak2 Liat Nak SOLAT. Ini Jawapan Ustaz Zamri MANTOP Yg Terbaik !!! | Era Barus – Solat tiang agama.Solat adalah satu pendidikan yang penting untuk membina karakter dan sikap anak-anak.

Padanya ada disiplin pengurusan masa, pakaian, tempat solat, dan pergerakan solat.

Padanya ada nilai sabar yang tinggi untuk dipupuk. Ada juga nilai fokus dan khusyuk, padanya juga ada nilai tanggungjawab kepada Allah, ibu bapa, diri, dan tempat kediaman.

Banyak sungguh faedah yang boleh didapati dalam solat yang merupakan proses untuk mendapatkan nilai-nilai penting tadi, bagi pembentukan karakter anak yang “Mantop”.

Perasan tak nilai-nilai tadi diterapkan ketika tahap umur mereka 7-14 tahun sama seperti apa yang pernah saya sebutkan, bertepatan juga dengan seruan Nabi S.A.W;

“Suruhlah anak-anakmu solat ketika umur mereka 7 tahun, dan rotanlah (yang tidak mencederakan) mereka ketika mereka berumur 10 tahun kerana atas keculasan solat, dan asingkan tempat-tempat tidur mereka” (antara adik beradik lelaki dan perempuan).

Ini menunjukkan kepada kita beberapa perkara:-

1) Nabi serius dan tegas dalam urusan solat yang merupakan proses penting.
2) Solat juga perlu dididik dan latih seperti mana ikhlas juga perlu dilatih.
3) Tempoh latihan intensif adalah 3 tahun, sebelum umur 7 tahun adalah pra latihan.
4) Pendidikan memegang rotan, teknik merotan yang dianjurkan.
5) Perkembangan biologi anak lelaki dan perempuan perlu diurus.

Persoalan & Langkah2 Penyelesaiannya

Justeru soalan-soalan yang diajukan kepada saya tentang masalah anak liat solat, beginilah kesimpulannya:-

1) Pastikan ibu bapa sendiri menjaga waktu solat, dan seronok untuk solat. Banyak beristighfar mohon ampun padaNya, bimbang-bimbang kita dahulu pun pernah buat mak bapak kita macam tu, dan tak mustahil kafarah atas dosa kita yang tak tahu kat mana. Berdoa juga untuk anak-anak secara khusus supaya mendirikan solat .

2) Menyediakan set minda yang baik untuk menghadapi karenah mendisiplinkan anak melalui proses latihan solat. Inilah mujahadah yang balasannya syurga dan bahagia di alam sana Insha Allah. “Pengulangan tanpa jemu benda yang sama setiap hari tau”. Teknik gesaan boleh dilakukan pada tahap ini.

3) Mengenal pasti di manakah tahap umur anak-anak kita ketika mendidik mereka
untuk solat.

4) Programming system untuk mengingatkan mereka seperti;

“Nuha..bangun, jom solat bersama, Ummi ingatkan ni sebab nabi pemberi syafaat yang suruh, tapi nanti kalau umur dah 10 tahun Nuha masih liat nak solat walaupun dah disuruh, nabi arahkan Ummi bertegas untuk rotan tau”
diulang acap kali sebelum menjelang 10 tahun.

5) Anak lelaki lebih perlu diberikan sebab dan rasional untuk melakukan solat berbanding anak perempuan.

6) Menjadikan solat aktiviti yang seronok, seperti mereka seronok membuat aktiviti yang lain. Jadi, tanyakan apa yang menyebabkan dia lebih seronok mengaji tapi berat untuk solat sebagai contohnya. Jadikan jawapan keseronokan anak tadi untuk diadaptasi ke proses solat yang menyeronokkan juga.

Cara paling ringkas khususnya anak lelaki ialah pergi solat berjemaah di masjid / surau dengan gembira. Suasana luar rumah dan bersosial adalah fitrah yang lebih menyeronokkan berbanding dalam rumah. Tidak salah untuk memberikan hadiah pada permulaan didikan ini, sambil menerangkan hal yang sepatutnya secara beransur- ansur.

7) Tema didik anak 7-14 tahun adalah pendidikan solat dan saling ingat mengingati berulang-ulang kali sehingga menjadi habit kebiasaan.

Kalau kesemua faktor di atas dibuat dengan baik, Insha Allah akan nampak kesannya.

Tapi kalau masih ada kelompangan lagi, pasti ada faktor lain yang tidak sempat semuanya sekali saya nak sumbat di sini. Mari sama-sama kita mengintai diri dan memuhasabah diri.

Ingat, kita tak boleh ubah perangai anak-anak.

Kita hanya mampu mengubah cara kita mendidik, berdoa, mengajak mereka dengan penuh inspirasi.

Selamat beramal dan jumpa lagi.

Sumber : FB zamrizainuldin

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *