MasyaAllah !!! Bacalah Doa Ini Bagi Ibu Hamil Supaya Mudah Lahirkan Anak !!!

| November 21, 2017 | 0 Comments

MasyaAllah !!! Bacalah Doa Ini Bagi Ibu Hamil Supaya Mudah Lahirkan Anak !!! | Era Barus – Di sebalik setiap insan yang berjaya di dunia ini, terdapat seorang wanita yang selalu ada di belakang mereka dan sudah pasti wanita tersebut merupakan ibu kita.

Seperti semua ketahui, ibu yang mengandungkan anaknya selama hampir 9 bulan melalui proses yang sangat berat dalam hidupnya dan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi kerana melibatkan nyawanya sendiri. Peristiwa melahirkan anak merupakan antara ibadah yang sungguh indah bagi para wanita dan ahli keluarganya.

Amalan-amalan yang digalakkan untuk ibu yang hamil untuk memberi ketenangan pada jiwa sekaligus membawa kesan yang positif kepada bayi yang berada dalam kandungan adalah selalu berzikir mengingati Allah S.W.T dan perbanyakkan membaca Al-Quran.

Oleh itu, buat ibu mengandung dan para suami di luar sana, rajin-rajinkan lah untuk selalu memanjatkan doa serta memohon pertolongan daripada Allah agar memudahkan proses melahirkan bayi anda kelak. Marilah berusaha untuk mengamalkan doa ini!

Amalan Yang Boleh Di Pratikkan

Selain itu, amalkan juga membaca surah-surah pilihan ketika mengandung iaitu:

• Surah Yusuf ( untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak )

• Surah Luqman ( untuk memohon anak yang cerdik )

• Surah Maryam ( untuk memudahkan bersalin )

• Surah Yasin ( untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat )

• Surah al-Hujurat ( untuk membanyakkan susu ibu )

• Surah al-Imran ayat 38 ( untuk memohon anak yang baik )

• Surah al-Imran ayat 8-9 (untuk memohon rahmat )

• Surah Ibrahim ayat 40 ( untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat )

• Surah al-Baqarah ayat 128 ( untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.)

• Surah Yassin ayat 22-23 ( untuk menjaga aqidah / memberi hidayah kepada anak )

• Surah as-Sajdah ayat 7-9 ( untuk memohon agar anak menjadi anak yang soleh / solehah dan baik )

• Surah al-Furqan ayat 74 (untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan / menyenangkan hati ibu bapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga )

Sila share kan sekali artikel ini khas buat ibu yang hamil agar dapat manfaatnya yang baik!

Ini Video Serba Ringkas, Moga Manfaat

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *