Mak Dengki, Minta Suruh Anak CERAI. Ini Jawapan UAI Buat Ramai TERKESIMA !!!

| November 28, 2017 | 0 Comments

Mak Dengki, Minta Suruh Anak CERAI. Ini Jawapan UAI Buat Ramai TERKESIMA !!! | Era Barus – Satu soalan yang di mana menceritakan tentang permasalahan antara hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.

Persoalan Dan Jawapan

Seorang ibu yang meminta anaknya minta cerai adalah berdosa besar jika tidak ada alasan yang syarak benarkan. Contoh jika suami tak memberikan nafkah , suka memukul isteri, melakukan dosa-dosa besar dan meninggalkan kewajipan solat. Jika ibunya tak suka suami kerana suami tak hensem, gajinya kecil atau kerana suaminya tak dapat nak memberikan hajat-hajat duniawinya maka seorang anak tak wajib taat pada arahan ibunya , kerana seorang isteri wajib patuh pada suaminya melebihi kepatuhan ibunya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturahim.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalankan hubungan tali silaturahim.”(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Ibu bapa yang bertakwa akan mengutamakan agama bukan harta benda dunia, tidak menjadi anak derhaka jika isteri tidak ikut perintah ibunya yang suruh dia minta cerai dengan suaminya. Jika isteri ikut arahan ibunya maka dia akan menjadi isteri nusyuz dan tidak akan cium bau syurga.Si ibu tadi akan mendapat dosa besar kerana cuba memecahbelahkan keluarga yang bahagia dan telah memutuskan silaturahim.

Ulasan Video Ustaz Azhar Idrus

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *