Kuasa Doa. Saat Manusia Ingin Berputus Asa. Dengan Izin Allah Tunjukkan Yg Luar Biasa…

| November 22, 2017 | 0 Comments

Kuasa Doa. Saat Manusia Ingin Berputus Asa. Dengan Izin Allah Tunjukkan Yg Luar Biasa… | Era Barus – Insan apabila putus asa dengan segala jalan, jika masih ada dalam jiwanya iman, dia akan mencari tuhan. Betapa ramai yang mempelajari kemustajaban doa ketika dia dalam derita, sedangkan sebelum itu dia tidak pernah mempedulikannya.

Cumanya, jika dia tidak dibimbing dengan ilmu yang sahih mengenai sunnah Nabi s.a.w, maka pelbagai unsur khurafat, doa rekaan, hadis palsu akan disambarnya dalam kekalutan mencari kemustajaban. Buku-buku doa banyak yang dimuatkan dengan maklumat yang tidak bersumber fakta yang sahih seperti cerita-cerita pelik yang tidak berasaskan riwayat yang benar.

Namun, jika insan memiliki dalam fikirannya manhaj yang sahih dalam mengambil sumber agama, maka ketika dalam kesusahan itu dia akan mencari nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih mengenai kemustajaban doa dan ungkapan-ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman. Dia akan mencari penawar yang tulen, bukan penawar rekaan. Justeru, ramai yang kembali memahami agama, menghayati sunnah Rasulullah s.a.w yang sebenar disebabkan ujian duka dan sengsara yang menimpa dirinya. Demikianlah kadang-kala duka dan derita membawa insan kepada ilmu dan amal yang sahih.

 

Doa Yang Baik

Antara doa indah yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah :
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
“Doa orang yang dalam kesusahan: “Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan. Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf sahih).

Renungi inti doa di atas. Betapa indahnya apabila insan mengharapkan rahmat Allah, memohon agar DIA menguruskan dirinya sepenuhnya, sehingga dia tidak dibiarkan walaupun sekelip mata. Tidak dibiarkan sedetik pun. Setiap langkah di bawah payung bantuan Allah. Mohon DIA membaiki segala urusan. Allah! Allah! Allah! Alangkah indah penyerahan itu. Alangkah indah perdampingan itu. Alangkah terasa kehambaan diri seorang insan di hadapan kebesaran Tuhan.

Sumber : FB Dr MaZa

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *