Kita Selalu Menguap Di Dalam Solat. Ternyata Ini Hukumnya Buat Ramai Nak Tahu !!!

| November 30, 2017 | 0 Comments

Kita Selalu Menguap Di Dalam Solat. Ternyata Ini Hukumnya Buat Ramai Nak Tahu !!! | Era Barus – Menguap ni selalu dikaitkan dengan bila kita mengantuk,bosan atau nak tidur. Menguap ni adalah salah satu involuntary action (benda yg kita tak control, malah kajian cakap menguap berlaku semasa kita dalam kandungan ibu lagi), yg menyebabkan mulut kita terbukak luas dan menarik nafas kita sedalamnya.

Daripada Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w bersabda, “Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “HAAA” maka syaitan akan mentertawakannya.” (HR Bukhari).

Antara adab-adab menguap adalah:
Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat
Makruh mengeluarkan suara dan menggangkat bunyi ketika menguap
Sunat megucapkan astaghfirullah selepas menguap
Menguap ketika solat lebih makruh berbanding dalam keadaan biasa kerana perbuatan tersebut menunjukkan seolah-olah kita tidak fokus terhadap bacaan dalam solat. Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w, “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.” – Riwayat Al Muslim.

Jelas sekali, islam menyuruh umatnya menahan daripada menguap sekali gus menahan syaitan daripada masuk ke dalam badan melalui mulut

Sumber : Islamcarahidupmanusia

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *