Kisah Pengajaran Imam Al-Qaffal & Unta Yg Di Rampas. Ini Cadangan Buat Ramai TERGAMAM !!!

| November 22, 2017 | 0 Comments

Kisah Pengajaran Imam Al-Qaffal & Unta Yg Di Rampas. Ini Cadangan Buat Ramai TERGAMAM !!! | Era Barus – Seorang Arab Badwi datang mengadu kepada Imam al-Qaffal al-Syasyi. Beliau mengatakan bahawa unta miliknya telah dirampas oleh pihak kerajaan.

 

Imam al-Qaffal berkata: “Pergi lalu mandi dan solat dua rakaat. Mintalah kepada Allah agar dikembalikan untamu.”
Orang itu kembali mengulangi ucapannya, namun al-Qaffal tetap menyuruh beliau melakukan apa yang diperintahkan.

Orang itu lalu mandi, pergi ke masjid, lalu melakukan solat dua rakaat. Pada masa yang sama, diam-diam al-Qaffal menyuruh seseorang untuk berjumpa dengan pihak yang merampas unta tersebut dan memintanya agar dikembalikan.

Apabila Orang itu selesai solat dan keluar dari masjid, beliau melihat untanya telah berada di halaman masjid. Beliau terkejut dan berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan untaku semula!”
Ia lalu beredar dengan hati yang sangat bergembira.

Seseorang bertanya kepada al-Qaffal mengapa beliau melakukan perkara ini? Beliau menjawab: “Aku ingin menjaga iman orang tersebut dan membuatnya memuji hanya Allah.”
(Tabaqat al-Syafiiyah al-Kubra)

Tugasan orang berilmu adalah menarik orang awam agar menjadi hamba Allah, bukan menarik mereka untuk menjadi pengikutnya.

Sumber : FBUmarMuhammadNoor

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *