Isyarat Jari Ketika Tahiyat : Mengerak-Gerakkan Jari Atau Isyarat Sahaja Yg Ramai KELIRU ?

| November 23, 2017 | 0 Comments

Isyarat Jari Ketika Tahiyat : Mengerak-Gerakkan Jari Atau Isyarat Sahaja Yg Ramai KELIRU ? | Era Barus – Terdapat banyak pandangan isu ini. Namun disini, terdapat dua pemahaman dari ulama.

1- Pandangan jumhur ulama ialah ketika membaca tahyat hanya mengisyaratkan jari sahaja tanpa menggerak-gerakkannya.

Abdullah bin Az-Zubair ra meriwayatkan :
وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ
artinya “Nabi saw meletakkan tangan kiri di atas lutut kiri dan tangan kanan di atas paha kanan, dan membuat isyarat dengan jari telunjuknya.” (Hadith Muslim)

Dari Nafi’ beliau berkata :
كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ إِذَا جَلَسَ فِى الصَّلاَةِ وَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ وَأَتْبَعَهَا بَصَرَهُ ثُمَّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لَهِىَ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنَ الْحَدِيدِ . يَعْنِى السَّبَّابَةَ
artinya : “Abdullah bin Umar r.a. apabila beliau duduk di dalam solat beliau telah meletakkan kedua tangannya di atas kedua lututnya dan membuat isyarat dengan jarinya..” (Hadith Ahmad)

Dan dalam hadist yang lain:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ رَأَى رَجُلًا يُحَرِّكُ الْحَصَى بِيَدِهِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ لَهُ عَبْدُ اللَّهِ لَا تُحَرِّكْ الْحَصَى وَأَنْتَ فِي الصَّلَاةِ فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَلَكِنْ اصْنَعْ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ قَالَ وَكَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ قَالَ فَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَأَشَارَ بِأُصْبُعِهِ الَّتِي تَلِي الْإِبْهَامَ فِي الْقِبْلَةِ وَرَمَى بِبَصَرِهِ إِلَيْهَا أَوْ نَحْوِهَا ثُمَّ قَالَ هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ
artinya : Dari Abdullah bin Umar bahwasanya beliau telah melihat seorang laki-laki menggerakan kerikil ketika sedang solat, ketika dia selesai solat maka Abdulla bin Umar ra berkata : Jangan engkau menggerakkan kerikil ketika engkau solat, kerana yang demikian itu dari syaitan. Akan tetapi lakukan sebagaimana yang telah Rasulullah saw lakukan. Tanyanya : Bagaimana Rasulullah saw berbuat? Jawab Abdulullah bin Umar r.a. “Adalah Rasulullah saw meletakkan tangan kanannya di atas pahanya dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya yang di sisi bu jari ke arah qiblat, kemudian memandangnya dan berkata: Demikianlah aku melihat Rasulullah saw lakukan.”(Hadith An-Nasa’i)

Dan pada Ali bin Abdurrahman Al-Mu’awi:
وأشار بإصبعه التي تلي الإبهام “إلي القبلة”
Artinya : dan Nabi saw lalu mengisyarat dengan jari telunjuknya ke arah kiblat..” (Hadith Muslim)
Dan pada hadith yang lain dari ibnu umar r.a. :
وَأَشَارَ بِإِصْبِعِهِ السَّباَبَةِ –رواه مسلم
artinya : Dan Rasulullah saw mengisyaratkan dengan jarinya yang telunjuk..” (Hadith Muslim)
Dan hadith Numair al-Khuza’i katanya :
رَأَيْتُ رَسُوْلُاللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَقَاعِدٌ فِي الصَّلاَةِ قَدْ وَضَعَ ذِرَاعِهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى، رَافِعًا أُصْبُعَهُ السَّبَابَةَ، وَقَدْ حَنَاهَاشَيْئًا وَهُوَيَدْعُوْ
Artinya:”Saya telah melihat Rasulullah saw yang ketika itu sedang duduk solat, baginda meletakkan lengannya yang kanan di atas pahanya yang kanan sambil mengangkat jari telunjuknya..” (Hadith. Ahmad, Nasa’ie, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Dan hadith-hadith lain yang kesemuanya menyebut Rasulullah saw hanya mengisyaratkan jari telunjuk sahaja ketika bersyahadah tanpa mengerakkannya.

2. Pandangan Sebahagian Ulama

Ketika membuat isyarat dalam tahyat digerak-gerakkan jari berdalil dengan hadith Wail r.a. :
ثـُمَّ رَفَعَ إِصْـبَعَهُ فَرَاَيْتُهُ يُحَرِّ كُهَا يَدْعُوُبِهَا
artinya: “..kemudian diangkatnya akan jarinya, maka aku lihat baginda menggerakkanya dan berdoa..” (Hadith Ahmad).

Berkata Imam Baihaqi pada hadith Imam Ahmad ini :
يحتمل أن يكون المراد بالتحريك الاشارة بها لا تكرير تحريكها فيكون موافقا لرواية ابن الزبير
Artinya : “Mungkin yang dimaksudkan dengan menggerakkan itu ialah membuat isyarat sahaja bukan menggerakkannya secara berulang-ulang, supaya maksudnya muafakat dengan riwayat Ibnu Zubir r.a. :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُشِيرُ بِأُصْبُعِهِ إِذَا دَعَا وَلَا يُحَرِّكُهَا
Artinya : Rasulullah saw mengisyaratkan (mengangkat) dengan jarinya ketika tasyahhud dan tidak menggerakannya. (Hadith Abu Daud)
Wallahua’lam

Sumber : FB UstazAzharIdrusOriginal

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *