Isteri Suka Marah2 & Membebel. Ini Kupasan Yg Menarik Oleh UAI Buat Ramai Nak TAHU !!!

| November 19, 2017 | 0 Comments

Isteri Suka Marah2 & Membebel. Ini Kupasan Yg Menarik Oleh UAI Buat Ramai Nak TAHU !!! | Era Barus – Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan mereka pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang pantang dibebel? Pasti panas telinga mendengar.

Kadangkala kita bertanya “Kenapalah awak ni suka sangat membebel?” Betul tak? Atau juga kita berkata “Awak ni tak habis-habis nak membebel la” Sambil menyumpah #^@&&. Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel lelaki pun ikut sama membebel. Pasti huru hara kan?

9 Mengapa Perempuan Suka Membebel

  1. Untuk pengetahuan korang, dalam rumahtangga isteri lebih banyak jadi pengurus. Sebab tu ada yang memanggil mereka ‘pengurus rumahtangga’ jugak. So, segala peraturan di dalam rumah ditetapkan oleh dia. Contohnya, lepas makan basuh pinggan, lepas mandi sidai towel, kalau mandi baju masuk dalam bakul pakaian kotor, dan sebagainya. So, kalau ada di antara ahli rumah melanggar apa yang diaturnya, maka siap sedialah telinga menadah bebelannya jap lagi…
  2. Isteri membebel sebab meluahkan perasaannya? Ya, mungkin jugak. Sebab, kebanyakan isteri lebih suka meluahkan apa yang terbuku di hati dengan bebelan daripada melakukan ‘kekerasan’ fizikal. So, inilah kelebihan mereka mempunyai ‘kekuatan’ mulut daripada kekuatan fizikal.
  3. Bebelan jugak kadangkala menunjukkan tanda protes. So, daripada diaorang melakukan ‘demonstrasi’ di jalan, lebih baik diaorang bebel je. Kadangkala, ia lebih berkesan tau. Hehe…
  4. Orang perempuan ni kalau dah sayang, memang sayang betul-betul. So, kadang-kadang, mereka membebel sebab terlalu risaukan keselamatan orang yang dia sayang. Contohnya, seorang ibu yang membebel sebab risau anaknya balik lambat. Bukan apa, dia takut apa-apa pun boleh jadi pada anaknya lebih-lebih lagi kalau anaknya seorang perempuan. Pada cikla, ia lebih kepada teguran tegas.
  5. Membebel tanda amaran. Ada wanita menyembunyikan perasaan marah mereka dengan bebelan. Macam cikla je. Cikla kalau marah memang suka membebel. So, awas ye!
  6. Haha. Kalau yang ni kelakar. Membebel untuk senaman mulut. So, para suami kalau isteri membebel tu tadah ajelah sebab mereka sedang bersenam. So, lepas ni tak payah susah-susah nak pergi spa bagai. Bebel aje. Settle. Haha..
  7. Ada sesetengah isteri tak suka nak suruh-suruh suami tolong dia buat kerja rumah ke apa. Mereka lebih suka membebel, sambil-sambil buat kerja tu. Itu tanda mereka perlukan pertolonganSo, suami yang dengar tu, jangan buat tak faham pulak ye. Ringan-ringankanlah tulang korang tu tolong isteri.
  8. Dunia sunyi tanpa perempuan? Betul. Sebab, mereka ni golongan yang susah berhenti bercakap. Kebanyakannya lah… Kalau mereka ni dah start membebel, jaga-jaga. Mesti ada benda yang tak kena tu..
  9. Membebel itu tanda mereka sihat. Iyelah kan, kalau diaorang senyap je tu, tak sihatlah tu kan. Hehe. Dah sakit kan, manalah ada tenaga nak cakap bebel lama-lama.

 Video Ustaz Azhar Idrus Menurut Pandangan Islam

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *