Hikmah Di Adakan Majlis Maulidur Rasul. Allahuakbar, Jawapan Ini Buat Ramai TERPANA !!!

| November 30, 2017 | 0 Comments

Hikmah Di Adakan Majlis Maulidur Rasul. Allahuakbar, Jawapan Ini Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus – Semasa diadakan majlis Maulidur Rasul, akan dimulakan dengan pembacaan Al-Quran, doa, selawat, pembacaan Sirah Nabi, qasidah dan mada’ih (pujian-pujian) ke atas Nabi, menyampaikan dan belajar ilmu melalui ceramah dan tazkirah tentang Nabi saw.

Turut diadakan majlis jamuan makan kepada orang miskin, anak yatim dan semua orang, menggalakkan orang ramai bersedekah, berjumpa sesama orang Islam di samping mempertautkan silaturrahim.

Dapat pula beri’tikaf jika dilakukan di masjid serta mendekatkan jemaah kepada masjid, dapat menghidupkan sunnah-sunnah Nabi termasuklah menuntut ilmu dan lain-lain, melatihkan kanak-kanak dan orang muda untuk mencintai Nabi, bertemu dengan orang-orang yang soleh dan pelbagai kelebihan lain lagi.

Sebenarnya orang yang selalu mengharamkan Maulidur Rasul saw ini dalam banyak perkara merujuk kepada pendapat Syeikh Ibn Taimiyyah, sedangkan beliau sendiri mengatakan di dalam kitabnya Al-Iqtidha’ ash-Shirath al-Mustaqim li Mukhalafah Ashab al-Jahim:

فَتَعْظِيمُ الْمَوْلِدِ وَاِتِّخَاذُهُ مَوْسِمًا قَدْ يَفْعَلُهُ بَعْضُ النَّاسِ وَيَكُونُ لَهُمْ فِيهِ أَجْرٌ عَظِيمٌ لِحُسْنِ قَصْدِهِمْ وَتَعْظِيمِهِمْ لِرَسُولِ اللهِ .
Maka membesarkan Maulid Nabi SAW dan menjadikannya sebagai musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian orang dan bagi mereka padanya (iaitu pada menyambut maulid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Nabi SAW .

Ulasan Video Ustaz Azhar Idrus

Sumber : FB DakwahJAKIM

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *