Dengan Izin Allah. Ganjaran Pahala Solat Jenazah Yg Ramai Tak Tahu !!! Allahuakbar

| November 29, 2017 | 0 Comments

Dengan Izin Allah. Ganjaran Pahala Solat Jenazah Yg Ramai Tak Tahu !!! Allahuakbar | Era Barus – Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.

 

Kelebihan Solat Jenazah

Dari Abu Hurairahr.a. beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلِّىَ عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ ، وَمَنْ شَهِدَ حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ . قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ

artinya : “Barangsiapa yang menziarahi jenazah sampai dia menyembahyangkannya, maka baginya pahala satu qirath. Dan barangsiapa yang menziarahi jenazah hingga ditanamkannya, maka baginya pahala dua qirath.” Ada yang bertanya, “Apakah itu dua qirath?” Rasulullah saw pun menjawab, “Dua qirath itu sama dengan dua gunung yang besar.” (Hadith Syeikhan)

Dalam riwayat yang lain :

« مَنْ صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ وَلَمْ يَتْبَعْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ فَإِنْ تَبِعَهَا فَلَهُ قِيرَاطَانِ ». قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ أَصْغَرُهُمَا مِثْلُ أُحُدٍ .

artinya : “Barangsiapa sembahyang jenazah dan tidak ikut mengiringi jenazahnya (ke kubur), maka baginya (pahala) satu qirath. Jika ia mengikuti jenazahnya (sampai ke kubur), maka baginya (pahala) dua qirath.” Ada yang bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan dua qirath itu?” Jawab baginda : “Ukuran paling kecilnya adalah sama seperti gunung Uhud”.(Hadith Muslim)

Gunung Uhud terletak di utara Madinah lebarnya 3 km dan panjang deretannya 7km dan tingginya 1077m.

Pandangan Ustaz Don Daniyal Kelebihan Solat Jenazah

 

Sumber : UstazAzharIdrusOriginal

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *