Bolehkah Kita BERWUDHU’ Dalam Bilik Air. Ini Jawapan UAI Buat Ramai Ingin TAHU !!!

| November 21, 2017 | 0 Comments

Bolehkah Kita BERWUDHU’ Dalam Bilik Air. Ini Jawapan UAI Buat Ramai Ingin TAHU !!! | Era Barus – Selalu dilakukan oleh ramai orang, namun yang menjadi isu. Wudhu’ yang diambil di dalam tandas.

Apakah Hukum Mengambil Wudhu’ Dalam Bilik air ?

Tidak mengapa jika seseorang mengambil wudhu’ dalam bilik air yang dipisahkan tandasnya. Namun jika bilik air dan tandas didirikan bersama tanpa sebarang pemisah, maka sebaik-baiknya diusahakan agar tidak berwudhu’ di situ kerana wudhu’ dalam Islam adalah merupakan satu bentuk ibadah dan semua ibadah hendaklah dilakukan di tempat yang bersih dan terpelihara. Lebih dari itu bilik air yang bertandas adalah tempat yang digunakan untuk menunaikan hajat besar dan kecil, maka dikhuatiri seseorang itu akan terkena najis ketika dia sedang berwudhu’.

Jika seseorang itu tidak memiliki pilihan, maka dibolehkan dia berwudhu’ dalam bilik air yang bertandas dan wudhu’nya tetap sah. Hendaklah dia perhatikan adab-adab memasuki bilik air dan menjaga dirinya daripada terkena sebarang najis.

Ini Ulasan Dari Ustaz Azhar Idrus

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *