Allahuakbar !!! Sunat2 Ketika Mengambil Wuduk Yg Ramai Selalu Buat Tapi Tak SEDAR !!!

| November 23, 2017 | 0 Comments

Allahuakbar !!! Sunat2 Ketika Mengambil Wuduk Yg Ramai Selalu Buat Tapi Tak SEDAR !!! | Era Barus – Wuduk diambil untuk melakukan ibadah solat. Selain itu, mengambil wuduk banyak kelebihan dan pengaruh yang luar biasa.

Amalan Sunat Ketika Mengambil Wuduk

1. Membaca أعوذ باللّه dan بسم اللّه ketika mula mengambil wuduk. Jika membaca بسم اللّه pun sudah memadai. Tanpa membaca bismillah pada permulaan adalah kurang sempurna.

Sabda Rasulullah saw :

اَ وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِ

“.. tidak sempurna wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah Ta’ala atasnya.” (Hadith Abu Dawud)

2. Membasuh tapak tangan hinga pergelangan tangan.

3. Berkumur-kumur kemudian daripada membasuh tangan.

4. Menghisap air di dalam hidung kemudian daripada berkumur-kumur kemudian menghembuskannya keluar.

5. Menyapu air pada semua kepala. Menyapu sedikit sahaja
kepala adalah rukun. Jika mahu menyapu sebahagian sahaja kepala maka afdhal disapu bahagian ubun-ubun yang merupakan 1/4 kepala.

6. Menyapu dua telinga dengan air yang lain daripada menyapu kepala.

7. Mendahulukan basuh tangan kanan dan kaki kanan.

Aisyah ra meriwayatkan :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

“Adalah Nabi saw biasanya sangat menyukai mendahulukan yang kanan dalam hal memakai kasut, bersikat rambut, bersuci dan dalam segala macam urusan baginda.” (Hadith Bukhari))

8. Menggosok-gosok dengan jari-jari ketika membasuh janggut, tangan, rambut dan kaki..

Dari Anas bin Malik ra :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا تَوَضَّأَ أَخَذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَأَدْخَلَهُ تَحْتَ حَنَكِهِ فَخَلَّلَ بِهِ لِحْيَتَهُ وَقَالَ هَكَذَا أَمَرَنِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ

“Bahwasanya Rasulullah saw apabila baginda berwuduk maka baginda mengambil air dengan tapak tangannya kemudian dimasukkan ke bawah dagunya dan menyelat-nyelat janggutnya dengan air tersebut. Lalu baginda berkata : “Demikianlah yang diperintahkan oleh Tuhanku ‘azza wa jalla.” (Hadith Abu Daud)

arti selat ialah melalukan jari-jari ke celah janngut dan jari kai dan tangan.

9. Meratakan air sampai dibawah kulit janggut yang tebal. Jika hanya dibasahkan bahagian janggut sahaja tanpa kena air sampai ke kulit maka wuduknya sah.

10. Membasuh atau menyapu air dengan jumlah tiga kali.

Hadith Ibn Syihab :

أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَعَا بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

”Bahawasanya Uthman bin ‘Affan ra meminta air wuduk maka beliau membasuh kedua tangannya 3 kali…” (Hadith Muslim)

11. Membuat pekerjaan wuduk yaitu membasuh dan menyapu dengan berturut-turut. Jika tidak berturut-turut wuduknya tetap sah.

Sunat Berdoa Selepas Mengambil Wuduk

Sebaik sahaja selesai mengambil wuduk disunatkan berdoa dan antara doa yang afdhal dibaca ialah :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ َ لا شَرِيْكَ َلهُ، وََأشْهَدُ
َأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُلهُ، َاللَّهُمَّ اجْعَْلنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ، وَاجْعَْلنِي مِنَ
الْمُتَ َ طهِّرِيْنَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ َأنْتَ َأسْتَغْفِرُكَ
وََأتُوبُ إَِليْكَ

Kelebihan Membaca Doa Selepas Wuduk

Umar ra meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda yang artinya :

“Tiada sesiapapun di antara kamu yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduk tersebut kemudian dia mengucapkan:

َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وََأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوُلهُ

(maka tiada ganjaran) melainkan dibukakan baginya pintu-pintu syurga yang delapan Dia akan masuk (ke syurga) melalui mana mana pintu yang disukainya.” (Hadith Muslim)

Sumber : FB UstazAzharIdrusOriginal

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *