Allahuakbar !!! Makkah & Jeddah Mengalami Banjir Kilat Yg Buat Ramai TERGAMAM !!!

| November 23, 2017 | 0 Comments
Allahuakbar !!! Makkah & Jeddah Mengalami Banjir Kilat Yg Buat Ramai TERGAMAM !!! | Era Barus – JEDDAH — Jabatan Keamanan Meteorologi dan Lingkungan Kerajaan Arab Saudi memperingatkan warga di Jeddah dan daerah-daerah sekitarnya bahawa hujan akan terus aktif di kota tersebut. Akibat hujan lebat, sebahagian daerah mengalami banjir.
“Hujan akan terus berlanjutan di Jeddah, sementara hujan lebat diperkirakan terjadi di Makkah dan Taif,” demikian pernyataan Jabatan cuaca Kerajaan yang dihebohkan melalui Twitter, seperti diceritakan dari Arab News, Rabu (22/11).
Sebelumnya, hujan lebat di sebahagian besar wilayah Arab Saudi pada Selasa (21/11). Akibatnya, pihak berwajib terpaksa menutup sekolah dan universiti di beberapa bahagian negara tersebut.
Di wilayah Makkah, Pengarah Universiti mengumumkan di Twitter penangguhan kelas demi keselamatan siswa. Saat warga pergi ke jalan untuk menyaksikan hujan lebat , pihak Polis lantas meminta mereka untuk menghindari daerah yang mengalami banjir dan mengelak dari berada di sekitar sungai.
Sementara itu, pejabat pendidikan di Taif dan Jeddah mengumumkan bahwa semua sekolah akan ditutup kerana cuaca hujan yang lebat . Pejabat berita negara Saudi Press Agency (SPA) juga melaporkan bahwa pihak berkuasa telah menutup enam terowong di Jeddah yang dibanjiri air kerana hujan lebat. Hujan dan panah petir diperkirakan terjadi di daerah Madinah dan Makkah, termasuk daerah pesisir, serta pegunungan Jazan, Asir, dan Baha.
Berikut salah satu video yang menggambarkan suasana banjir di salah satu ruas jalan di Jeddah, (21/11).

Sumber : republika.co.id

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *