6 Punca Hati Yg Gundah Gulana. Ini Jawapan UAI Buat Ramai TERKESAN !!!

| November 16, 2017 | 0 Comments

6 Punca Hati Yg Gundah Gulana. Ini Jawapan UAI Buat Ramai TERKESAN !!! | Era Barus – Apa agaknya yang membuatkan hati yang yang patut suci dan bersih ini jadi tidak tenang. Ini antara 6 penyebab hati anda tidak berasa tenang walaupun wajah tidak menggambarkan dalam kesulitan.

1. Berdendam dengan Seseorang Dan Sukar Memaafkan

Anda mungkin ada pernah berdendam dengan seseorang yang sudah lama tidak ketemu. Justeru kita sukar nak memaafkan hingga timbul rasa benci dan kemudian jadi dendam. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.

2. Melakukan Sesuatu Yang Haram

Melakukan perbuatan yang hukumnya haram. Anda melakukan tanpa tahu musibahnya. Kadangkala kita terlepas pandang tentang perkara-perkara yang sebenarnya boleh menjadi haram dalam kehidupan seharian kita.

3. Sering Melewatkan Solat

Solat itu tiang agama. Jadi jangan sesekali terlupa atau lewat melakukannya. Jika kita amalkan solat lima waktu ini, jiwa sentiasa tenang walaupun hidup secara sederhana.

4. Alpha Untuk Membaca Kitab Suci Al-Quran

Bacalah ia walau sepotong ayat. Banyak manfaatnya, bukan sahaja untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk mengubati.

5. Jangan Terlalu Berkira

Rajin-rajinlah untuk menjadi orang yang ringan tulang. Selain rajin membantu orang amalan sedekah itu juga jangan dilupa. Orang yang suka bersedekah, rezekinya murah berbanding mereka yang kedekut. Rezekinya sempit dan hatinya selalu tidak tenang..

6. Penuh Sifat Dengki

Elakkan sikap hasad dengki pada orang lain. Mereka yang ada sifat begini jenis yang tidak boleh tengok orang lain lebih dari dirinya. Dia saja yang lebih hebat dan berkelayakan. Orang yang ada sifat begini memang tidak tenang hatinya sebab hatinya sudah kotor dan jadi hitam.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *