Loading...

Umur 33 Tahun Baru Nak “START” Solat. Rintihan Seorang Suami Kepada Ustaz Ebit Lew Buat Ramai MENITIS Air MATA !!!

| October 10, 2017 | 0 Comments

Umur 33 Tahun Baru Nak “START” Solat. Rintihan Seorang Suami Kepada Ustaz Ebit Lew Buat Ramai MENITIS Air MATA !!! | Era Barus – Tadi seorang suami muka ganas datang jumpa saya. Dia baru mula solat 2 bulan ni. Dia menangis kerana umur 33 tahun baru mula solat. Semua dah lama tinggal. Kali pertama dengar live di fb 2 bulan lepas. Dia mula berubah. Tetapi serabut dengan isterinya..dia minta nasihat bab perkahwinan..ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak…

Betul ke ustaz?
Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita…Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita… Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..

Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..

Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia..mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga.

Loading...

Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik.

Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betala bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..
Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan..mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.

Berlumba-lumba basuh berak anak. Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud.

Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..

Abang tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri sesat dan baru berubah kerana ada orang doakan kita. Kenapa tak boleh kita bersabar berdoa dan bimbing pasangan kerana Allah….Saya pohon ampun dari Allah

Terima kaseh yang hadir keluarga sunnah. Terima kaseh berkat doa semua. Semoga Allah terima jadi asbab hidayah dan kebaikan

Sumber : Ebit Lew

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *