Loading...

Tragedi Yg Membawa Perubahan. Tanggal 23 Disember 1977 : Mengapa Cat Stevens “Memilih” Agama Islam !!!

| October 13, 2017 | 0 Comments

Tragedi Yg Membawa Perubahan. Tanggal 23 Disember 1977 : Mengapa Cat Stevens “Memilih” Agama Islam !!! | Era Barus – Allahuakbar..Hidayah Milik Allah. Di zaman kegemilangan yang beliau seorang pemuzik. Bagaimana beliau mendapat hidayah…

 

 

Cat Stevens merupakan seorang pemuzik yang meraih popularitinya ketika usia 29 tahun. Penjualan album pertamanya mencecah sehingga 40 juta unit. Antara lagu yang popular ketika itu adalah “Father and Son”, dan “Morning has Broken.”

Loading...

Tahun 1976, menjadi titik tolak kepada perubahan Stevens terhadap Islam. Stevens terlibat dalam satu tragedi di Laut Pantai Malibu yang hampir menenggelamkan kapal yang dinaikinya.

Tragedi Yang Membawa Perubahan

Melalui temuramah dengan VH1 TV, Stevens memaklumkan pada ketika itu beliau memohon kepada Tuhan supaya menyelamatkannya dengan mengatakan “Oh Tuhan! Jika Engkau menyelamatkanku, aku akan bekerja untuk-Mu.” Pengalaman yang hampir meragut nyawa itu telah memperkuatkan pencariannya yang panjang akan kebenaran spiritual.

Selepas kejadian itu, beliau telah dihadiahkan senaskah al-Quran sempena hari lahirnya. Stevens mula membaca kitab tersebut setelah pulang dari melawat Palestin. Walaupun tidak mengetahui tulisan al-Quran tetapi Stevens telah membeli sebuah terjemahan al-Quran.

Perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah apa itu Islam? Beliau hanya memahami bahawa Islam merupakan agama yang fanatik. Umat Islam dari kaca mata Stevens adalah sama sahaja tidak kira negara asalnya. Bapa Stevens berketurunan Yunani yang sangat membenci orang Turki Muslim.

Pengenalan Kepada Ayat Quran

Ayat pertama yang memberi kesan kepada jiwanya ialah ungkapan Bismillahirahmanirahim (dengan nama Allah). Beliau melihat al-Quran melalui sesuatu yang asing dan berbeza degan kitab-kitab agama lain yang pernah dibaca.

Beliau mula yakin bahawa al-Quran merupakan kitab suci dari Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Berbeza dengan Injil yang ditulis oleh tangan-tangan pengarang yang berbeza-beza hingga melahirkan kisah yang berbeza faktanya.

Cat Stevens terniat untuk mencari kesalahan yang terdapat di dalam al-Quran. Hal ini kerana beliau membaca al-Quran hanya sekadar untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam kitab orang Islam ini walaupun di dalam dirinya penuh benci terhadap orang Muslim Turki.

Malangnya, Cat Stevens tidak menemui satu kesalahan pun di dalam al-Quran tetapi beliau menemui sesuatu yang baru iaitu keseluruhan kandungan al-Quran adalah sesuai dengan pemikiran Allah Yang Esa. Sejak itu, beliau mula mengenal Islam.

Stevens Mengucapkan Syahadah

Stevens memutuskan untuk pergi ke masjid London dan mengumumkan keislamannya. Di sana beliau telah mengucapkan kalimah syahadah, ‘Asyhadu allaa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.’

 

Beliau memeluk Islam secara formal pada 23 Disember 1977 dan mengubah namanya menjadi Yusuf Islam pada 1978 dengan alasan terlalu suka dengan nama Joseph (Yusuf) dan tertarik dengan kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran.

Mari kita sama-sama renungkan kata-kata beliau yang cukup jelas memperihalkan hebatnya Islam yang boleh diresap masuk ke dalam hati mana-mana manusia.

“Ketika saya membaca al-Quran lebih juah lagi, al-Quran berbicara soal solat, sedekah dan perbuatan baik. Saya belum menjadi seorang Muslim saat itu, tapi saya berasa al-Quran adalah JAWAPAN untuk saya dan Allah s.w.t telah mengirimkannya kepada saya.”

Yusuf Islam

Sumber : Takzirah.net

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *