TRAGEDI : Alasan “KECIL” Dari Wanita Buat Lelaki Ini Bertindak KEJAM TERHADAP Wanita Ini !!!

| October 10, 2017 | 0 Comments

TRAGEDI : Alasan “KECIL” Dari Wanita Buat Lelaki Ini Bertindak KEJAM TERHADAP Wanita Ini !!! | Era Barus – Kerana mulut badan binasa, berhati-hati apabila mengeluarkan sesuatu kata-kata.

RASA cemburu boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar jangkaan sehingga ada di antara mereka yang tergamak membunuh orang tersayang, dan itu yang berlaku kepada seorang wanita di Selatan Kalimantan, Indonesia yang maut dibunuh teman lelakinya.

Dalam kejadian di Desa Damit Hulu, Kabupaten Tanahlaut, suspek yang hanya dikenali sebagai Simson bertindak menetak kepala, bahu dan leher mangsa, pada Selasa lalu (3 Oktober), lapor Tribunnews.

Ketua Polis Tanahlaut AKBP Sentot Adi Dharmawan berkata, suspek bertindak demikian dipercayai kerana cemburu selepas melihat mangsa berbual dengan lelaki lain di sebuah warung.

Tambah Adi, pada malam kejadian suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan menuruti permintaannya dan bertindak tidur membelakangi lelaki itu.

Kemarahan suspek semakin memuncak apabila mangsa turut mengatakan saiz kemaluan suspek kecil.

“Perasaan cemburu menjadi motif suspek bertindak membunuh mangsa. Parang atau senjata tajam yang digunakan suspek dipercayai di ambil di dapur.

“Tindakan mangsa yang tidur membelakangi lelaki itu digunakan suspek untuk menetak leher wanita itu sebanyak tiga kali,” kata Adi seperti dilapor portal tersebut, semalam.

Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Suspek mengaku membunuh teman wanitanya.

“Saya ambil parang di dapur. Itu parang yang saya gunakan untuk kerja di ladang kelapa sawit,” ujar Simson.

Hasil siasatan juga mendapati suspek dan mangsa bukan pasangan suami isteri dan mereka tinggal bersama secara tidak sah.

Lebih mengejutkan, kakak suspek mengesahkan bahawa pasangan itu mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah, dan mangsa yang meninggal dunia juga sedang hamil empat bulan.

Siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan.

Sumber : malaysiadigest

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *