Loading...

Tekanan Suami Bajet “MAKSUM”. Setiap Hari MERUNGUT. Lepas 5 Tahun Apa Yg Terjadi Buat Ramai TERPANA !!!

| October 9, 2017 | 0 Comments

Tekanan Suami Bajet “MAKSUM”. Setiap Hari MERUNGUT. Lepas 5 Tahun Apa Yg Terjadi Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus – Anda ade seorang suami yang suka merungut dengan hidup. Setiap hari itulah kerjanya. Itu tak cukup, ini tak cukup. Tapi usaha nak mencukupkan tu takde. Padahal semuanya bagi saya dah cukup. Yang suka mengungkit ape die dah bagi pada isteri & apa yang dia dah tolong isteri.

 

Tak percaya dan melarang isteri guna barang dia terutamanya kenderaan. Yang pernah cakap isteri membebankan. Pernah cakap isteri tak guna sebab tak dapat susukan anak dek kerana kekurangan susu. Pernah cakap isteri banyak dosa sebab tu bersalin operate. Tak terima isteri pregnant. Nak isteri keluar bekerja.

Tak support isteri meniaga. Anggap diri tu maksum. Takde silap. Isteri tak boleh merajuk, tak boleh protes. Isteri akan dilabel perempuan ahli neraka jika berbuat demikian. Suami 100% betul, isteri 100% taat tanpa membantah. Selalu mengatakan isteri nusyuz sedangkan isteri tutup aurat dengan sempurna pun bukan suami pernah suruh.
Hati anda terluka kak?
Ini antara ye. Banyak lagi tak disebut.
Kalau jawapan anda semua tidak. Tahniah. Memang hati batu & sado. Tolong turunkan ilmu pada saya. Jika jawapan anda semua ya! Jadi itu yang saya rasa sekarang. Sampai saya dah tawar hati dengan dia.
Memang die bukan kaki pukul, kaki dadah, kaki perempuan. Tapi lidah sangat tajam bukan? Mental saya dah tak kuat. Dia dera mental saya selama 5 tahun.

Loading...

Dah 5 hari saya duduk rumah family saya. Bukan nak memujuk tapi setiap hari bagi dalil2 seorang isteri derhaka. Hari2 mendoakan saya derhaka. Saya dah tak larat. Dia doakan saya derhaka tapi dalam doa saya setiap hari pada Allah jadikan saya isteri yang solehah & penyejuk hati suami. Kemana hala tuju saya jika suami selalu anggap saya macam tu? Saya taknak masuk neraka. Saya takut dengan azab Allah. Tapi sampai bile saya nak bertahan mental saya didera sedemikian rupa. Luka di badan orang nampak. Di hati yang menanah ni siapa yang tahu. Allah tempat saya mengadu. Tapi saya hanya wanita biasa . Saya sedih. Hati saya betul2 terluka.

Sumber : KisahRumahTangga

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *