Sebuah Bandar Hamamatsu Di Jepun Alami BANJIR. Gambar2 Yg Bakal Di Lihat Buat Ramai TERPUKAU !!!

| October 16, 2017 | 0 Comments

Sebuah Bandar Hamamatsu Di Jepun Alami BANJIR. Gambar2 Yg Bakal Di Lihat Buat Ramai TERPUKAU !!! | Era Barus – Jepun sebuah negara terkenal dengan semangat bekerja,rajin dan lain2. Selepas insiden pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Negara ini bangkit dengan pantas.

Warga Jepun sememangnya terkenal dengan sifat rajin, bekerja keras dan berdisiplin. Dan sifat terpuji yang paling utama ialah mereka mengutamakan kebersihan lebih dari segala-galanya. Dan ini terbukti dengan melihat keadaan air bah yang melanda di satu bandar di Jepun baru-baru ini.

Selepas satu kejadian ribut petir yang melanda bandar Hamamatsu di Jepun baru-baru ini, satu foto telah diambil dalam satu laluan keretapi bawah tanah yang telah dinaiki air dengan menunjukkan air bah yang jernih telah memenuhi laluan itu.

Foto itu telah dihantar ke satu halaman sosial di China. Para netizen berasa terkejut dan tidak mempercayai bagaimana air banjir boleh menjadi sebegitu jernih.

Foto-foto ini menjadi tular di media sosial di China dan ke seluruh dunia. Ada netizen yang mengatakan air bah yang mengalir di laluan keretapi bawah tanah itu seperti laluan kolam renang yang lebih jernih dan bersih.

Sememangnya ada kebenaran komen itu. Rupanya seakan kolam renang dengan air yang sangat jernih dan tiada satu sampah yang melalui dan kelihatan.

Dalam satu komen netizen di halaman Twitter, “Wow! air bah di laluan keretapi bawah tanah di Jepun lebih jernih dari sebuah kolam renang.

Seorang netizen pula menulis, “Salah satu bukti mengapa saya suka untuk melawat atau tinggal di Jepun. Mereka bangsa yang sangat berdisiplin.”

Ramai netizen yang memuji sikap pembersih kesemua warga Jepun yang menyumbang kepada kebersihan di seluruh dan setiap penjuru di Jepun. Dan ada pula yang tidak mempercayai dengan berkata foto itu telah diubah dengan Photoshop.

Ada pula netizen dari China yang tidak berpuas hati dengan mengatakan, “Pulau selalunya kurang kawasan berlumpur, jadi tidak hairan air bah menjadi lebih jernih dan bersih berbanding tempat lain yang mempunyai gunung-ganang dan sungai yang banyak. Anda tidak boleh menyamakan bentuk geografi di Jepun dan China kerana ia amat berbeza.”

Manakala yang lain tidak bersetuju dengan teori itu dengan berkata, “Negara Jepun juga bergunung-ganang dan mempunyai tanah pertanian dengan pokok-pokok. Menurut fikiran anda, mungkinkah ia ditanam di atas pasir?”

Apa pun komen yang diberikan, yang pasti dan dipersetujui di seluruh dunia bahawa warga Jepun sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang mementingkan kebersihan.

Mereka tidak akan membuang sampah sewenang-wenangnya di merata tempat. Mereka mempunyai cara untuk melupuskan sampah masing-masing tanpa perlu diajar ketika warganya telah menjadi dewasa dan boleh berfikir. Begitu juga dengan penjagaan alam sekitar. Pokok tidak akan ditebang dengan sewenang-wenangnya.

Dengan sikap mereka yang amat berdisiplin dan mementingkan kebersihan, maka tidak hairan apabila kawasan mereka dilanda banjir, air bah boleh bertukar menjadi jernih.

Kita tidak perlu mempertikaikan cara mereka, sebaliknya mencontohi sikap mereka. Siapa tahu dengan mencontohi sikap yang begitu, air bah di negara sendiri pun boleh menjadi jernih dan bersih.

Kredit: weibo

Sumber :  Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *