Orang Yang Solat Tapi CELAKA Di Sisi Allah Buat Ramai TERKESAN !!!

| October 9, 2017 | 0 Comments

Orang Yang Solat Tapi CELAKA Di Sisi Allah Buat Ramai TERKESAN !!!| Era Barus – Golongan yg solat tapi celaka..

Firman Allah :
“Maka celakalah orang yang solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya ”
Surah Al-Ma’un ayat 4 dan 5.

1. Orang-orang solat yang celaka ialah mereka yang lalai terhadap solatnya.

Allah menggunakan perkataan yang sangat kasar iaitu “celaka” bagi menggambarkan orang-orang ini. Ini menunjukkan bahawa betapa marahnya Allah dan betapa rendahnya martabat orang-orang yang lalai terhadap solat. Lalai terhadap solat kat sini bermaksud melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu.

2. Orang-orang yang solat semata-mata mahu dilihat orang atau dalam perkataan lain mahu menunjuk-nunjuk (riya’) dalam solat.

Riya’ merupakan salah satu daripada syirik Khafi (syirik yang tersembunyi). Jadi, kita tak boleh main-main dengan sifat ni. Bila ada orang ramai kat masjid, baru nak pergi sembahyang tapi bila takde orang gi masjid, tak kesah pun pasal sembahyang. Bila ada Tok Imam, barulah nak pegi masjid, bila Tok Imam xde, melepak kat tempat lain. Inilah dia antara perkara-perkara yang dilakukan oleh orang yang riya’ dalam solat. Kalau pernah terdetik dalam hati kita “Eh, ustazah tengah tengok aku sembahyang, aku kene buat betul-betul ni” atau pun “kalau nak jadi isteri kepada orang-orang yang soleh, kene rajin gi masjid, harap-harap adalah orang yang perasan kita ni rajin sembahyang kat masjid”, cepat-cepatlah istighfar….

Mohon ampun daripada Allah SWT supaya solat yang kita dirikan tu tak sia-sia.

Sumber : 1001 Sirah Nabi Muhammad SAW

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *