“Orang Islam Sahaja” Salahkah Iklan Sebegini Rupa. Ini Jawapan Bekas Ketua Hakim Negara !!!

| October 16, 2017 | 0 Comments

“Orang Islam Sahaja” Salahkah Iklan Sebegini Rupa. Ini Jawapan Bekas Ketua Hakim Negara !!! | Era Barus – Isu dobi untuk hanya untuk muslim menjadi tular sebelum ini. Namun secara tak sedar mengapa pihak melakukan sebegitu. Contoh yang lain kita lihat tentang rumah sewa, bilik sewa dan lain2 ada pengkhususan kepada “umat Islam”…


BANGI, 25 Muharram 1439H, Ahad – Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut ‘Orang Islam Sahaja’? Demikian persoalan yang diketengahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, ketika mengulas mengenai isu kedai dobi untuk muslim sahaja yang hebuh diperkatakan baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada kebanyakan orang Islam yang keberatan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana tidak mahu haiwan serta daging yang haram disentuh dan dimakan umat Islam.

“Demikian juga, kebanyakan orang Islam keberataan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak mahu anjing masuk ke dalam rumah mereka atau makanan yang mengandungi daging babi di bawa masuk ke dalam rumah mereka atau mereka tidak mahu daging babi atau makanan yang mengandungi daging babi diletak di dalam peti ais mereka, jika ia disediakan.

“Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut “Orang Islam Sahaja”?

“Jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam. Ini tanggungjawab bersama,” katanya.

Sumber : isma.web

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *