Kanak2 Ada Tumor 2KG Di Muka. Selama 3 Tahun Hidup MERANA. Ajaib Selepas Itu Apa Yg Berlaku Buat Ramai TERGAMAM !!!

| October 11, 2017 | 0 Comments

Kanak2 Ada Tumor 2KG Di Muka. Selama 3 Tahun Hidup MERANA. Ajaib Selepas Itu Apa Yg Berlaku Buat Ramai TERGAMAM !!! |  Era Barus – Ujian berat yang dihadapi oleh seorang kanak2 akhirnya  berakhir.

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dengan tumor besar di wajah yang jarang berlaku ini telah menjalani pembedahan oleh barisan doktor AS.

Melyssa Delgado Braga menghidap myxoma paling besar yang pernah direkodkan – seberat 2.26kg. Tumor ini telah mengalihkan lidahnya menyebabkan dia tidak dapat makan dan menelan sehingga dia mengalami masalah malnutsiri.

Walau bagaimanapun, pakar bedah di Sao Paulo, Brazil, memberitahu bahawa rawatan yang diterima boleh membawa kematian kerana rawatan yang diterima itu akan menyebabkan sistem imunnya menjadi lemah.

Tetapi selepas kesnya disiarkan di sebuah kempen di Facebook, pasukan medik di Universiti Louisiana State (LSU) telah menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma.

Mereka berjaya mengeluarkan seluruh tumor dalam prosedur yang mengambil masa selama lapan jam itu pada Disember lalu. Pembedahan tersebut membolehkan dia makan, bercakap dan ketawa untuk kali pertama dalam hidupnya.

Ibunya, Carol, 21, berkata: ‘Kami terdesak untuk menyelamatkan nyawa anak perempuan kami.

“Kami diberitahu hanya satu-satunya peluang untuk terus bertahan hidup adalah dengan mencari bantuan di AS.”

“Kami tahu perubatan tersebut akan memakan kos yang tinggi, jadi kami memulakan kempen untuk mengumpulkan wang bagi tiket penerbangan dan penginapan di negara ini.’

Doktor di Hospital Santa Casa de Misericórdia di Sao Paulo mendiagnosis tumor ini pada tahun 2014 selepas melihat seketul pada lehernya.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat merawatnya.

Tumor ini telah mengalihkan lidahnya menyebabkan dia tidak dapat makan dan menelan sehingga dia mengalami masalah malnutsiri.

Untuk mendapatkan bantuan perubatan, ibu bapanya membuat halaman Facebook bernama ‘Ajudem a Melyssa’ (Bantu Melyssa) pada bulan November untuk membolehkan mereka membawa Melyssa ke AS, untuk menerima rawatan.

Doktor Brazil, Dr Celso Palmieri, pembantu profesor pembedahan oral dan maxillofacial di LSU melihat laporan perubatan Melyssa dan memutuskan untuk membantu.

Dr Palmieri berkata: “Saya membaca laman web Brazil tahun lalu apabila saya melihat cerita dan gambar Melyssa. saya fikir kami dapat menolongnya”.

“Kes Melyssa amat istimewa kerana ukuran tumornya yang paling besar pernah dilihatnya.”

Dia menghubungi keluarga Melyssa melalui media sosial dan selepas sebulan membaca laporan itu, dia bersedia untuk pembedahan.

Pakar bedah di Sao Paulo, Brazil, memberitahu bahawa rawatan yang diterima boleh membawa kematian kerana rawatan yang diterima itu akan menyebabkan sistem imunnya menjadi lemah.- memaksa ibu bapanya untuk memulakan kempen di Facebook.

Tetapi selepas kesnya disiarkan di sebuah kempen di Facebook, pasukan medik di Universiti Louisiana State (LSU) telah menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma. Pembedahan tersebut mengambil masa lapan jam dan dilakukan pada Disember lalu.

Doktor telah memasukkan plat titanium untuk membina semula rahang bawah kanak-kanak dan dia mula makan dengan betul buat kali pertama. Sebaik sahaja tumor itu dibuang, Melyssa kembali menggunakan lidahnya, dan pernafasannya mula pulih.

Dr Ghali, yang terlibat dalam prosedur tersebut, berkata: ‘Transformasi dalam penampilan kanak-kanak ini adalah luar biasa.

“Jika anda melihat gambar-gambar sebelum pembedahan anda dapat melihat tumor cukup besar telah memakan seluruh rahangnya.’ Tanpa pembedahan, dia akan memerlukan tiub makan.

Pesakit biasanya mati akibat kematian yang progresif dari gabungan kekurangan makanan dan saluran udara yang tersekat, kata mereka.

Ayahnya, Manasses, berkata: “Sekarang kami mempunyai harapan. Kami tidak percaya bahawa doktor dan badan amal di Amerika Syarikat begitu bermurah hati. Kami sangat berterima kasih atas semua yang telah dilakukan untuk anak perempuan kami.”

Ibu Melyssa, Carol, 21, berkata: ‘Kami terdesak untuk menyelamatkan nyawa anak perempuan kami’. Tanpa pembedahan, dia akan memerlukan tiub makan dan salur pernafasannya akan tersekat.

Sumber : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *