Loading...

Ibu Suka Pandang Rendah Pada Suami. Hanya Kerja Kilang. Adakah Aku Patut Lakukan PERKARA Ini Buat Ramai TERPANA !!!

| October 22, 2017 | 0 Comments

Ibu Suka Pandang Rendah Pada Suami. Hanya Kerja Kilang. Adakah Aku Patut Lakukan PERKARA Ini Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus – Sy dah 3 tahun berkahwin,belum dikurniakan anak dan bahagia bersama suami yg bekerja sbg seorg pekerja kilang biasa,tetapi buat part time ustaz mengajar kanak kanak mengaji.

 

Masalah sy adalah, ibu saya seakan tidak suka suami saya bekerja kilang kerana gaji yg kecil. Ya saya faham setiap ibu nak kan yang terbaik utk anak anak nya. Tapi saya bahagia dgn suami saya,tidak pernah bergaduh kerana hal yg besar. Kalau bergaduh cpt cpt suami saya buat lawak dan saya pun ketawa.

Ibu saya, sering meminta duit tetapi saya tidak mampu untuk memberi kerana keadaan kami pun cukup cukup makan saja. Kadang kadang kami terfikir juga mungkin Allah tidak memberi kami rezeki anak kerana keadaan kami yg masih tidak mantap ekonomi. Tapi kami redha dan percaya rezeki saya mengandung pasti akan tiba satu hari nanti. Doakan saya ya pembaca sekalian.

Loading...

Berbalik kpd ibu saya, beliau seakan marah kerana membenarkn saya berkahwin dengan suami sy. Beliau juga sering menghina suami sy dengan mengatakan suami sy tiada pelajaran,bukan lepasan universiti dan tidak mampu memberi nafkah duit lebih.

Saya,mengambil upah menjaga anak orang,dan duit jagaan tu sy simpan sehingga dapat membeli sebuah rumah teres mampu milik. Alhamdulillah.

Sy nk tanya pendapat pembaca sekalian. Salah ke saya sebagai anak tidak dpt memberi duit yg cukup kpd ibu saya? Ustaz ada mengatakan nafkah kpd ibu bapa tidak semestinya dlm bentuk duit,makanan dan barangan juga suatu nafkah. Saya selalu juga dtg ke rumah ibu pada hujung bulan dan membawanya ke pasaraya dan membelikan stok makanan dan juga pakaian utk ibu. Tetapi ibu saya tetap mahukan duit. Dia tidak memandang barangan atau pakaian sebagai salah satu bentuk nafkah dari seorang anak.

Saya sedih sngt. Kadang kadang rasa kesian kat suami sbb ibu sering memandang rendah kpd nya sehingga pernah ibu cadangkan saya meminta fasakh dan berkahwin dgn org kaya pula.
Tolong saya pembaca sekalian. Bagaimana nak handle perangai materialistik ibu saya ni?

Sumber : KisahRumahTangga

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *