Dalang Rompakan Dan Perkosa Isteri Depan Suami Akhirnya Ditangkap Buat Ramai TERPANA !!!

| October 5, 2017 | 0 Comments

Dalang Rompakan Dan Perkosa Isteri Depan Suami Akhirnya Ditangkap Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus – Sudahlah merompak, diperkosa pula bini orang. Memang langsung tidak berperi kemanusiaan. Ini yang berlaku kepada Nurwahyuni, apabila dia diperkosa oleh dua orang perompak di depan suaminya sendiri.

Kejadian berlaku di Sumatera Selatan. Dalam kejadian itu, rumah mereka dipecah masuk oleh tiga perompak pada pukul 8 malam pada 12 September lalu.

Tiga perompak itu lalu mengancam si suami, Eko lalu menyuruhnya mendiamkan diri. Pada waktu yang sama, Nurwahyuni yang sedang berada di bilik mandi telah keluar dan menghampiri suaminya.

Eko ketika menceritakan peristiwa berkata, dia sempat meminta tolong namun dipukul oleh salah seorang perompak itu dan terkena kepalanya hingga berdarah bercucuran.

Eko dan isterinya diikat dengan tali dan diusung ke sebuah pondok kosong yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

Di situ, perompak berkenaan melakukan perbuatan kejam kepada isterinya.

“Di depan saya mereka memperkosa isteri saya,” kata Eko. Disebabkan perompak itu bersenjatakan parang maka dia berusaha melarikan diri untuk meminta bantuan.

“Tidak ada barang berharga di rumah saya, jadi mereka hanya mengambil Hp Nokia X2 sahaja,” jelas Eko.
Eko mengaku mengenali suara dua dari tiga perompak tersebut tetapi tidak tahu namanya.

Kini, dua daripada tiga perompak itu telah ditangkap. Seorang lagi masih diburu polis.

Dalang rompakan itu dikenali sebagai Misran. Dia sebelum itu berpura-pura membeli kabel di kawasan sekitar.

Pada malam harinya dia merompak dan ketika mengetuk pintu rumah mangsa, dia memakai topeng baju yang diambil dari ampaian.

Selepas merompak dan memperkosa isteri mangsa, Misran melarikan diri dan dia berpindah ke merata tempat untuk mengelak ditangkap.

Misran sempat melarikan diri ke Jakarta tetapi kembali semula ke kampungnya dan sekembalinya ke situ, dia dicekup polis.

Sumber : suara.tv

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *