10 Pemimpin Paling ZALIM Dengan Pembunuhan Sepanjang Pemerintahan Mereka !!!

| October 5, 2017 | 0 Comments

10 Pemimpin Paling ZALIM Dengan Pembunuhan Sepanjang Pemerintahan Mereka !!! | Era Barus – Di sebalik kejayaan sesebuah negara tentunya digerakkan oleh seorang pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang baik akan sentiasa menjaga kebajikan rakyat serta berlaku adil, jujur dan amanah dalam setiap urusan pentadbiran negara.

Namun, wujud pemimpin yang bersikap tidak berperikemanusiaan dan namanya terus dikenang sebagai 10 pemimpin zalim sepanjang zaman.

1. Atilia The Hun

Beliau merupakan pemimpin dari Empayar Hunnie dan berjaya menakluki Austria hingga ke Jerman. The Hun telah bertindak membunuh dan menghancurkan apa serta siapa sahaja yang cuba menghalang agenda beliau dalam meluaskan empayar penaklukannya.

Beliau dikenali sebagai pemimpin paling kejam dalam sejarah penaklukan orang gasar (Barbarian). Menariknya, The Hun sanggup merendamkan diri sendiri di dalam darahnya pada malam perkahwinan beliau bersama isteri.

2. Maximilien Robespierre

Pemimpin Revolusi Perancis ini telah menjadi penyebab utama berlakunya keganasan serta kekejaman ketika pra-revolusi Perancis selama 10 bulan. Sepanjang berlakunya revolusi tersebut, sebanyak 18,500 hingga 40,000 orang telah dibunuh kejam oleh tribunal revolusi dibawah kepimpinan beliau.

Akhirnya, beliau berjaya ditawan dan dihukum mati tanpa bicara pada tahun 1794.

3. Ayatollah Khomeini

Khomeini telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai di dalam penjara selepas mendapati wujud gerakan penentang sewaktu era pemerintahannya di Iran. Dianggarkan seramai 30,000 nyawa tekorban di atas kezalimannya.

Khomeini meninggal dunia pada tahun 1989 akibat penyakit kanser pada usia 86 tahun.

4. Adi Amin Dada

Beliau merupakan Presiden Uganda yang juga berperanan sebagai pegawai tentera yang terkenal sebagai pencabul hak asasi manusia, memimpin dengan kuasa veto, penyeksa etnik, membunuh tanpa penghakiman dan bertindak menghalau masyarakat India dari Uganda.

Dianggar seramai 80,000 sehingga 500,000 nyawa tekorban disebabkan oleh kezaliman Amin. Pada 4 Ogos 1972 pula, beliau bertindak menyuarakan pendapat untuk menghalau pula 60,000 orang Asia yang bukan penduduk Uganda. Kebanyakkan daripada mereka adalah pemegang passport British.

5. Leopold II

Leopold telah menubuhkan Congo Free State yang merupakan satu projek persendirian dalam mengutip hasil getah di tengah benua Afrika. Beliau telah mengerah ramai tenaga buruh sehingga menyebabkan berlakunya kematian 3 juta orang.

Kuasa yang dimiliki oleh Raja Belgium ini tiada tandingnya sehingga beliau boleh memerintah dengan sesuka hati bersama tentera peribadinya, Force Publique

6. Pol Pot

Pada tahun 1976, Pol Pot telah berjaya memegang jawatan sebagai pemimpin Khmer Rouge dan Perdana Menteri Kemboja. Hasil pemerintahannya, beliau telah mengakibatkan kematian seramai 2 juta orang Kemboja (1/3 populasi rakyat Kemboja) di atas kerahan buruh paksa dan penjagaan perubatan yang lemah.

Selama 3 tiga Pol Pot memerintah, beliau telah banyak melakukan pembunuhan di sebuah tempat yang dinamakan ‘Killing Fields’.

Mayat kemudiannya ditanam di dalam sebuah kubur besar. Demi untuk menjimatkan peluru senjatanya, Pol Pot lebih gemar menggunakan pemegang kapal, tukul, tombak dan buluh.

7. Vlad III (Vlad The Impaler)

Beliau pula terkenal sebagai pemimpin yang mencetus hukuman yang kejam di Romania. Hal ini telah memberi inspirasi kepada Bram Stoker, iaitu watak utama novel Dracula.

Antara hukuman kejam yang diinspirasikan oleh beliau adalah paku ke kepala, memotong limpa, membutakan mata, membakar, memotong hidung dan telinga, mengerat anggota kemaluan, menyiat kulit, meletakkan mangsa di dalam sangkar yang mempunyai haiwan buas dan merebus manusia yang masih bernyawa.

Terdapat sumber yang mengatakan, pada tahun 1460 terdapat pembunuhan serta penyeksaan 10,000 pada masa yang sama.

8. Ivan IV Of Russia (Ivan The Terrible)

Pemimpin Rusia ini merupakan pemerintah pertama yang mendapat gelaran Tsar. Ivan memerintah Rusia pada tahun 1533 hingga 1547. Dipercayai pada tahun 1570, Ivan mendapat berita bahawa terdapat golongan elit di Banar Novgorod yang ingin melumpuhkan Poland.

Lalu pada 2 Januari tahun yang sama, Ivan mengarahkan askarnya untuk menghalang mereka dengan membina sebuah tembok besar mengelilingi bandar Poland.

Dianggarkan seramai 500 hingga 1,000 orang ditawan setiap hari lalu mereka dibunuh dan diseksa dihadapan Ivan dan anaknya.

Pada tahun 1581 pula, Ivan bertindak gila dengan menumbuk menantunya sehingga mengalami keguguran disebabkan menantunya memakai pakaian yang tidak digemari oleh Ivan.

Hal itu mendapat tentangan daripada anak beliau sendiri sehingga Ivan bertindak membunuh anaknya dengan tongkat.

9. Adolf Hitler

‘Furher’ Jerman yang terkenal dengan sifat perkauman ini telah menyebabkan kemusnahan serta kematian yang tinggi sehingga mencecah angka 10 juta orang, termasuk 6 juta daripanya adalah orang Yahudi. Pembunuh beramai-ramai yang berlaku disebabkan Hitler dipanggil ‘Holocaust’.

10. Josef Stalin

Beliau merupakan setiausaha agung Parti Komunis Soviet Union pada tahun 1922 hingga 1953. Stalin telah melakukan kezaliman serta pembunuhan terhadap manusia sehingga mencecah angka 60 juta orang manusia.

 

Sumber : malaysiaindigest

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *