Tragis : Rakan Baik Maut Disembelih Di Leher Buat Ramai Tak SANGKA !!! Puncanya…

| September 19, 2017 | 0 Comments

Tragis : Rakan Baik Maut Disembelih Di Leher Buat Ramai Tak SANGKA !!! Puncanya…| Era Barus – Ajakan seorang kawan baik menghisap rokok di ladang kelapa sawit bertukar tragedi. Apa yang dilakukan oleh remaja ini bikin kecoh dan ngeri.

Seorang remaja tempatan tergamak membunuh rakan baiknya sendiri di Indonesia hanya kerana tidak cukup duit untuk membeli dadah.

Suspek yang dikenali sebagai Dedi, 19, telah membunuh rakannya, Yadi, 14, tahun dekat Desa Pematang Seterak, Medan, Wilayah Sumatera Utara.

Kejadian itu bermula apabila suspek telah mengajak mangsa untuk menghisap rokok di sebuah kebun kelapa sawit yang juga merupakan tempat kebiasaan mereka untuk melepak.

Secara tiba-tiba sahaja suspek telah mengeluarkan pisau dan terus menyembelih leher mangsa dari arah belakang sebelum melarikan motosikal milik mangsa, telefon bimbit serta sejumlah wang milik mangsa sendiri.

Namun, saksi kejadian tidak mengesyaki perbuatan itu kerana mengenali suspek yang merupakan sahabat baik. Mereka berdua juga sering ke ladang kelapa sawit tersebut untuk menghisap rokok.

Ketika saksi melalui kawasan itu, dia telah menjumpai mangsa dalam keadaan menggelupur serta lehernya yang telah dikelar dan segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pihak polis Teluk Mengkudu, Medan bagaimanapun telah berjaya menahan Dedi dua jam selepas kejadian di rumahnya ketika suspek sedang berada dalam keadaan khayal.

Setelah disiasat, Dedi mengakui bahawa dia berasa cemburu dengan rakannya itu kerana memiliki motosikal sendiri dan suspek juga mengaku bahawa dia memerlukan sejumlah wang untuk membeli dadah.

Tambahan pula, hubungan mereka berdua dikatakan mula renggang apabila mangsa telah mendapatkan pekerjaan sebagai penjual daging di pasar selepas habis waktu sekolah.

Sejak itu, mereka hanya bertemu ketika masa lapang sahaja. Suspek juga difahamkan sering meminjam wang daripada mangsa kononnya bertujuan untuk beli barangan dapur.

Sumber : MYNEWSHUB.CC 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *