Seorang Warga Emas TERPAKSA Menahan Derita. Apa Yg Ditemui Selepas Pembedahan Buat Ramai Tak PERCAYA !!!

| September 19, 2017 | 0 Comments

Seorang Warga Emas TERPAKSA Menahan Derita. Apa Yg Ditemui Selepas Pembedahan Buat Ramai Tak PERCAYA !!! | Era Barus – Setiap insan diberikan ujian. Satu kisah seorang warga emas asyik berasa sakit perut. Selepas melakukan pembedahan apa yang ditemui sangat mengejutkan.

Sekumpulan doktor yang merawat seorang warga emas di Amerika Syarikat yang mengalami kesukaran untuk membuang air kecil dan mengadu sakit perut terkejut apabila mengeluarkan batu karang hampir sebesar telur unta di saluran kencing lelaki tersebut.

Imbasan CT terhadap lelaki berusia 64 tahun itu mengesan objek besar pada bahagian perut yang menyukarkannya untuk membuang air kecil disebabkan pundi kencing pesakit tersebut tersumbat. Pembedahan yang dilakukan ke atasnya berjaya mengeluarkan batu karang seberat 770 gram.

Menurut laporan yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan New England, pesakit tersebut menghidapi kanser pundi kencing lebih dari 10 tahun. Doktor kemudiannya bertindak membuang pundi kencing lelaki itu lalu membuat saluran baru daripada usus pesakit bagi memudahkannya membuang air kecil dari tubuh.

Walaubagaimanapun, prosedur tersebut boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit batu karang terhadap pesakit.

Warga emas yang dibedah itu menyatakan bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah selepas dibedah, kini dipantau oleh doktor.

Walaupun batu karang yang dikeluarkan tersebut agak besar, namun bukanlah yang terbesar yang pernah dikeluarkan doktor dari tubuh pesakit.

Berdasarkan rekod Dunia Guinness, pada tahun 2003, batu karang paling besar telah dikeluarkan dari perut seorang lelaki Brazil, Jose de Castro da Silva. Pesakit berusia 62 tahun itu menderita penyakit batu karang dengan berat batu karang terbabit adalah 1.9 kilogram.

Sumber : Siakapkeli via Techtime

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *