SEDIH !!! Amanah TERAKHIR Lelaki Baru Melangsungkan Perkahwinan Ini Buat Ramai SEBAK !!!

| September 5, 2017 | 0 Comments

SEDIH !!! Amanah TERAKHIR Lelaki Baru Melangsungkan Perkahwinan Ini Buat Ramai SEBAK !!! | Era Barus – Saat indah perkahwinan lelaki hanya nikmat sementara buat lelaki ini dengan pasangannya. Namun begitu,sekurang-kurang lelaki ini mampu berkawhin.

Alfian Rizal, pengantin baharu menghidap kanser usus dan hati tahap empat yang menikahi pasangannya, seorang mualaf pada 26 Ogos lalu, meninggal dunia, jam 5 petang Isnin.

Allahyarham Alfian, 34, menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Ayer Keroh di sini, di sisi isteri, Andrea Adrianna Law Abdullah, 31, bapa dan ibunya.

Jenazah Alfian kemudian dibawa pulang ke kampung ibunya, Aisah Selamat, 57, di Parit Yani Tengah, Batu Pahat, Johor, jam 9.30 malam tadi untuk disemadikan.

Lebih 50 sahabat, termasuk saudara mara dan jiran hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Amanah TERAKHIR  Arwah

Bapa Allahyarham, Rizal Abdullah, 61, berkata anak tunggalnya itu pernah berpesan supaya jenazahnya dikebumikan di kampung dan mahu diuruskan oleh bapa saudaranya, Sulaiman Jantan, 55.

“Arwah memang rapat dengan bapa saudaranya dan dia sudah berpesan awal jika apa-apa yang berlaku ke atas dirinya, dia mahu dikebumikan di sana (kampung) dan diuruskan Cik Man (Sulaiman).

“Jadi, kami akur dengan pesanan terakhirnya untuk dikebumikan di sana. Alhamdulillah dia (arwah) pergi dengan tenang.

“Sebenarnya dalam hati saya ada terdetik yang arwah akan pergi meninggalkan kami hari ini dan saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui.

BH pada 26 Ogos lalu melaporkan, Alfian dan Andrea disatukan dalam majlis pernikahan serba sederhana di Bukit Katil selepas 12 tahun berkenalan iaitu sejak sama-sama menuntut di Universiti Multimedia (MMU) Melaka.

Alfian yang menghidap penyakit berkenaan sejak Mac lalu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Majlis Agama Islam Melaka, Mohd Shokri Mustaffa, tatkala keadaan beliau sendiri yang sudah tidak berupaya untuk berdiri dan berjalan.

Sumber : eberita

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *