Peristiwa Hitam : 60 Buah Rumah Rentung & 300 Mangsa Tinggal Sehelai Sepinggang Buat Ramai TERPANA !!!

| September 5, 2017 | 0 Comments

Peristiwa Hitam : 60 Buah Rumah Rentung & 300 Mangsa Tinggal Sehelai Sepinggang Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus Saat orang memulakan kerja pada hari ini. Satu peristiwa hitam terjadi di Tawau. Berlaku satu kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah penduduk kampung.

TAWAU: Kira-kira 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 60 rumah di blok 6, 7 dan 8 Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Shaharuddin Dalamin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 12.55 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian dengan tiga jentera bersama 31 anggota.

“Ketika sampai api sedang marak serta banyak rumah musnah dan kebakaran yang dapat dikawal pada 2.28 pagi menggunakan sumber air sungai dan laut,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya seorang warga emas Sabon Ola, 82, dikejarkan ke hospital selepas pengsan dan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas kerana penyakit.

Shaharuddin berkata Bomba Tawau turut menerima bantuan daripada pihak polis, Bomba Kunak, Sabah Electricity Sdn Bhd, Rela, Jabatan Kesihatan serta Angkatan Pertahanan Awam dalam usaha memadam kebakaran. – Bernama

Sumber : sarawakvoice

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *