Pasangan Ini Sering Terdengar Bunyi Pelik2 Di Atas Loteng. Rupa2nya Apa Yg Ditemui Sangat MENGEJUTKAN !!!

| September 25, 2017 | 0 Comments

Pasangan Ini Sering Terdengar Bunyi Pelik2 Di Atas Loteng. Rupa2nya Apa Yg Ditemui Sangat MENGEJUTKAN !!! | Era Barus – Semasa menonton filem seram di wayang, kita sering disajikan dengan adegan-adegan yang mengerikan serta kesan bunyi yang mengejut! Namun, pernahkah anda mengalami sendiri pengalaman seperti itu di rumah anda?

Pada Julai yang lalu, pasangan Jerome dan Ashley Kennedy menyedari bahawa rumah kediaman mereka yang terletak di Pittsburgh, Pennsylvania tidak selamat seperti yang mereka jangkakan. Namun, ini bukan berkenaan entiti atau makhluk halus sebaliknya, seseorang telah memasuki loteng rumah pasangan ini dan memerhatikan segala tingkah laku mereka melalui satu lubang kecil.

Pada awalnya, perkara ini hanya disedari oleh Jerome setelah beberapa kali mendengar bunyi-bunyi pelik di dalam bilik tidurnya. Bukan setakat itu, Jerome turut melihat silauan lampu di sebalik sistem perpaipan rumahnya.

Mengesyaki sesuatu, Jerome bertindak memasang kamera pengawasan di loteng rumahnya. Pada saat itulah, Jerome berjaya melihat rakaman seorang lelaki yang merangkak-rangkak sambil membawa alat gerudi.

Lelaki berkenaan adalah Robert Havrilla yang berusia 69 tahun. Robert dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pada rumah sebelah namun akhirnya, dia berjaya menghasilkan dinding boleh alih untuk memasuki loteng rumah Jerome serta menggerudi dinding rumahnya.

Berikutan rakaman tersebut, pihak polis berjaya memberkas Robert pada 17 Julai atas dakwaan menceroboh dan mengintip.

Lihat video rakaman di bawah dan anda juga pasti akan seram. Pasti keluarga ini sentiasa berasa tidak selamat selepas kejadian berkenaan.

Sumber : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH PELIK

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *