Kumpulan Hamas & Fatah Sedia Bentuk Kerajaan BERSATU Buat Israel Menjadi CUAK !!!

| September 18, 2017 | 0 Comments

Kumpulan Hamas & Fatah Sedia Bentuk Kerajaan BERSATU Buat Israel Menjadi CUAK !!! | Era Barus – Langkah terbaru cuba d iusahakan oleh dua pegerakan Islam iaitu Hamas dan Fatah cuba mencari satu konluksi jawapan tentang negara Palestin. Pelbagai ujian yang dihadapi oleh masyarakat Palestin.

GAZA, 27 Zulhijjah 1438H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) bersedia menyerahkan Semenanjung Gaza kepada kerajaan konsensus Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Serentak itu, Hamas juga menyatakan persetujuan untuk berunding dengan pergerakan Fatah yang menguasai Pihak Berkuasa Palestin (PA), bagi membubarkan jawatankuasa pentadbiran Gaza dan mengadakan pilihan raya umum, kata Hamas dalam satu kenyataan semalam.

Langkah itu diambil bagi memeterai satu perjanjian untuk menamatkan persengketaan antara dua kumpulan berkenaan dan menyerahkan Semenanjung Gaza kepada Perdana Menteri, Rami Hamdallah.

Semenanjung Gaza diletakkan di bawah pentadbiran Hamas dengan gaji dibayar oleh PA, sementara kawasan lain di Palestin ditadbir oleh PA. Sesetengah kawasan pula ditadbir oleh Israel.

“Hamas mengajak konsensus kerajaan untuk datang ke Gaza bagi mempraktikkan misi dan melaksanakan tugasnya di Semenanjung Gaza serta-merta, dan menerima pilihan raya umum diadakan,” kata kenyataan itu.

Keputusan Hamas itu dibuat selepas mengadakan perbincangan berasingan delegasinya dan Fatah dengan pihak berkuasa Mesir beberapa hari lalu.

Kenyataan itu berkata, langkah itu sebagai maklum balas kepada usaha kerajaan Mesir, yang mencerminkan keinginan untuk menamatkan perpecahan ini dan mencapai perdamaian berdasarkan kemahuan kami yang inginkan penyatuan kebangsaan.

Hamas yang mentadbir Gaza sejak 2007 itu berkata, mereka sedia mengadakan pertemuan empat mata dengan kerajaan Abbas mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

“Hamas sedia untuk meneruskan dialog dengan Fatah bagi melaksanakan usaha damai Mesir pada 2011 mengenai pembentukan kerajaan perpaduan dengan gerakan Palestin yang lain,” kata kenyataan itu.

Hamas mentadbir Gaza sejak 2007, apabila memaksa pasukan tentera yang setia kepada Abbas daripada keluar dari pesisir pantai itu selepas menewaskan Fatah dalam pilihan raya Parlimen.

Sejak itu, kepimpinan Palestin terpisah kepada dua saingan kerajaan, dengan Hamas mengawal Gaza manakala Abbas menjaga kawasan autonomi yang dikuasai Israel di Tebing Barat.

Sebelum ini cubaan untuk penyatuan antara kedua belah pihak pernah mengalami kegagalan.- Agensi

Sumber : isma.web

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *