Kekuatan NUKLEAR Korea Utara Lebih Bahaya Dari Bom Atom Hiroshima Buat Amerika TERPANA !!!

| September 5, 2017 | 0 Comments

Kekuatan NUKLEAR Korea Utara Lebih Bahaya Dari Bom Atom Hiroshima Buat Amerika TERPANA !!! | Era Barus – Ujian demi ujian peluru berpandu dijalankan oleh Korea Utara. Walaupun mendapat tentangan dari Amerika Syarikat. Namun ini kali ke-6 Korea Utara lakukan ujian tetapi menuju kegusaran kepada Amerika Syarikat sendiri.

SEOUL: Kali ini ujian nuklear keenam yang dilakukan oleh Korea Utara benar-benar mencapai tahap melampau sehingga menyebabkan berlaku gempa bumi di Kilju, Hamgyong, utara Korea Utara.

Ini rangkuman video peluru berpandu Korea Utara dari FB BBC

Letupan tersebut didakwa lapan kali lebih kuat berbanding bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima semasa Perang Dunia Kedua 1945.

Bom yang digugurkan di Hiroshima sekuat 15 kiloton, manakala di Nagasaki pula dianggarkan sekuat 20 kiloton.

Norsar pertubuhan pemantau gegaran gempa menyatakan, ujian bom nuklear Korea Utara kali ini berkuatan 120 kiloton.

Kesan Dan Laporan Ujian Peluru Berpandu Korea Utara

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan berlaku gegaran berukuran 6.3 magnitud, 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding ujian yang dijalankan sebelum ini.

Ujian bom bawah tanah itu dipercayai dilancarkan berhampiran sempadan China dan disahkan oleh Jepun dan Korea Selatan sebagai punca berlakunya gempa bumi.

Ketua Staf Tentera Korea Selatan berkata gempa bumi buatan manusia itu berlaku 12.29 tengah hari waktu tempatan.

Beberapa jam sebelum ini, Pyongyang mendakwa berjaya membangunkan bom hidrogen yang mempunyai kuasa pemusnah.

Aksi terbaru Korea Utara ini memberi tamparan hebat kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menghubungi Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe melalui telefon membincangkan krisis nuklear di wilayah berkenaan.

Pandangan Malaysia & Singapura

Sementara, Malaysia dan Singapura mengutuk ujian nuklear berkenaan.

Wisma Putra menyifatkan sejak ujian pertama pada 2006, Korea Utara mencabul Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Kementerian Luar Malaysia berkata, tindakan provokatif ini merupakan ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Malaysia amat kesal dengan insiden terbaharu ini yang hanya mengeruhkan lagi situasi tegang di Semenanjung Korea dan rantau tersebut.

Sementara, Kementerian Luar Singapura meminta Korea Utara menghentikan tindakan tersebut, dan mengulangi gesaannya supaya negara itu mematuhi kewajipan dan komitmen antarabangsa.

Singapura bercadang mengemukakan pandangannya berhubung perkara itu kepada kerajaan Korea Utara melalui duta besar negara itu di Singapura.

Sumber : Sarawakvoice

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *