Jika Amerika Syarikat Di Serang. Kami Akan “HANCURKAN” Negara Korea Utara Dari Peta DUNIA !!!

| September 20, 2017 | 0 Comments

Jika Amerika Syarikat Di Serang. Kami Akan “HANCURKAN” Negara Korea Utara Dari Peta DUNIA !!! | Era Barus – Krisis ketegangan antara Korea Utara dengan Amerika Syarikat belum capai kata putus. Pelbagai ujian telah dilakukan oleh Korea Utara. Akhirnya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mula bersuara dan memberi amaran.

GENEVA – Presiden Donald Trump memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Amerika Syarikat akan menghancurkan Korea Utara jika dipaksa untuk mempertahankan dirinya atau sekutunya.

Dalam ucapannya yang pertama, dia menyindir pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan berkata: “Lelaki roket dalam misi bunuh diri.”

“Amerika Syarikat mempunyai kekuatan dan kesabaran yang besar, tetapi jika terpaksa mempertahankan dirinya atau sekutu-sekutunya, kita tidak akan mempunyai pilihan selain menghancurkan Korea Utara,” kata Trump kepada badan dunia yang mempunyai 193 ahli itu.

Korea Utara telah melakukan beberapa ujian bom nuklear dan peluru berpandu sebagai penentangan terhadap sekatan yang dikenakan PBB.

Sebelum Trump berucap, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres meminta para pemimpin dan perwakilan supaya mengelakkan tindakan yang boleh menjurus ke arah peperangan.

Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom yang mengulas ucapan Trump berkata: “Ini adalah ucapan yang salah, pada masa yang salah, kepada khalayak yang salah.

Seorang diplomat muda Korea Utara yang duduk di kerusi barisan hadapan perwakilan semasa bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas ketika diminta mengulas ucapan Trump.

Di Jerman, Canselor Angela Merkel berkata, beliau akan melakukan segala-galanya untuk memastikan penyelesaian diplomatik.

“Apa-apa yang lain akan membawa kepada bencana,” katanya.

Dalam ucapan tersebut, Trump turut menggesa kerajaan Tehran supaya menghentikan keganasan dan sekali lagi mengkritik perjanjian antarabangsa era Obama mengenai program nuklear Iran, yang disifatkan sebagai memalukan.

Sumber : MalaysiaGazette

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *