Isteri Merana Kahwin. Dahla Tanggung Semua. Rupa2nya Perbuatan Suami Buat Ramai TERPANA !!!

| September 5, 2017 | 0 Comments

Isteri Merana Kahwin Awal. Keluarga Mertua KEJAM. Rupa2nya Perbuatan Suami Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus – Mira, mira bukan family yang senang. Habis sekolah dah bekerja. Bukan tak pandai tapi bukan rezeki dia. Makbapak dia takda duit untuk sambung kan dia pelajaran. Nak kata spm teruk pun tak. Sebab dia dapat B dalam semua mata pelajaran.

Mira umur muda lagi masa tu umur dia 18tahun. silap pilih kawan lalu mengandung luar nikah. Lelaki yang sepatut bertanggungjawab entah ke mana. Lalu keluarganya buang mira dan letak kan mira kat keluarga angkat yang kononya nak tolong jaga. Rupanya keluarga angkatnya nak jual anak mira. Mira ni boleh tahan comel. Jadi semua orang nak anak mira. Tapi entah macam mana, mak mira tetiba berubah fikiran ambik mira balik. Jadi sampai lah bersalin semua mira sorang-sorang. Lelaki tu? Tak ada pun datang jenguk pun tak.

Lepas pantang, mira cari kerja. Alhamdulilah dapat kerja kerani. Jadi dapat lah dia tanggung anak nya. Sebaik mak nya nak jaga baby. Mana tak nya, baby tu comel sangat2. Selepas 2 tahun, mira jumpa seorang lelaki. Lelaki kerja kerajaan. Seorang cikgu. Pada mulanya, semua ok. Jadi mira pun berkahwin. Kata lelaki tu dia terima lah mira seadanya.

Awal je berkahwin. Semua okay. Tapi seminggu lepas tu. Mak mertua call nak pinjam duit sebanyak rm6k. Katanya dia ada hutang kat orang. Tapi mira ni jenis cakap terus terang. Dia kata mana nak dapat duit banyak macam tu. Jadi tak boleh tolong. Tapi suami dia desak gegila suruh si mira ni keluarkan duit semua. Cuba bayangkan sampai mira kena pukul. Suami paksa mintak tolong boleh macam tu?. Last2 mira pun keluarkan duit saving dia sedikit. Bagi dalam rm1k je. Suami pun liat nak bayar. Tapi jenis mira selalu ingatkan jenis cakap je. Hutang wajib di bayar. Amik masa yg lama baru settle.

Beberapa bulan lepas tu, mira pregnant. Dahlah pregnant, barang asyik hilang je. Yang kelakarnya, duit hilang, hp hilang tp hilang kat dalam rumah. Tak pernah seumur hidup mira duk rumah sndr barang hilang. Hp hilang, kamera hilang pelik kan?. Tapi mira bukan jenis yang bodoh. Dia tahu laki dia sndr yang dajalkan dia. Mana tak nya. Barang hilang suami dia pun hilang. Suami dia kata nak gi kedai jap. Last2 macam mana nak ada bukti kan. Jadi mira buat2 tanya bila suami dia balik. Eh gi mana tadi?.. Suami dia cakap oh sakit gigi cari ubat kat kedai. Lama nya gi kedai… hua hua hua.. Pastu mula lah mira ni mengadu cakap barang gan duit semua hilang. Ada pencuri masuk ke. Lalu suami mira pun acah2 lah cari pusingkan tilam semua. Konon cari barang. Pastu mira macam buat2 muka poyo macam lah aku tak tau kau yang mencuri.

Mira pun macam relax je. Seminggu lepas kes kejadian acah2 pencuri masuk rumah. Mira cakap sayangnya gambar2 kat dalam kamera tu hilang. Tetiba suami mira cakap dia dah jumpa pencuri tu. Hp gan duit memang tak dapat lah. Tapi kamera tu boleh dapat balik. Tapi pencuri tu mintak rm50 kalau nak kamera tu balik. Mira pun kelintong lah laki dia. Cakap awak bayar lah dulu nnt saya bayar balik. Tapi mira tak bayar pun. Akhirnya, mira pun dapat balik kamera tu. Pelik dan ajaib. Kamera yang kononya dicuri dapat balik. Pencuri ni geng gan suami ke. Hahahah.

Jadi kejadian mencuri duit hilang ni selalu jadi. Mira tengok je. Layankan sebab pregnant kan. Kekadang stress juga mira ni. Pantang duit letak kat luar hilang je. Ada lah sekali tu, balik kampung mak mira bagitau, dia Nampak suami mira punggah beg tangan. Tapi mira diam je buat bodoh.
Bila anak kedua mira bersalin, alhamdulilah semua okay. Tapi suami mira tak ada pun. Lepak gan kekawan tengok tv. Suami mira hantar pastu terus balik. Pastu datang melawat 30 minit da keluar gan kawan2. Mak mira lah lagi yang temankan kat hospital.

Suami Buat Perangai

Sebenarnya banyak kes suami mira ni buat. Contohnya mengurat anak dara dorang kat wechat. Bersayang-sayang dengan ex gf. Buat akaun fb lain buat acah2 alim untuk gurat awek lain. Banyak kali kantoi. Tapi mira buat diam je. Pada masa yang sama, mira sebenarnya kumpul bukti. Lepas habis pantang, mira pasang lawyer mintak cerai. Surat sampai kat suami. Terkejut lah tak ada angin, takda ribut tetiba mintak cerai. Datang lah mahkamah, buat2 acah alim si suami ni. Konon dia tak bersalah. Last2 bercerai juga. Senang sebab pasang lawyer. Tak payah cakap apa2. Lawyer semua ada di pihak kita. Lepas keluar dari mahkamah, si suami yang dah jadi ex suami terus cakap. Eleh, kau tak boleh hidup takda aku. Kau tengoklah nnt. Dan sekali lagi mira pun buat bodoh.

Untuk kali kedua, si ex suami ni gila talak. Bila mira tak layan kita lawan hak anak. Time tuntut hak anak, banyak keluarga memburukan mira dan keluarga mira. Tapi mira and keluarga relax. Yang lawaknya, si ex suami tuntut duit dari mira sbb kononnya dia yang jaga anak. So bermula lah episode ke episode. Si ex suami tak selalu datang ke mahkamah. Tapi yang datang bapak dia. Sampai orang semua cakap mira ni kawen gan siapa. Dengan si ex suami ataupun bapak ex suami. Ahahah

Dalam proses penjagaan anak ni, banyak kena sabar. Yang belah ex suami hantar memacam pelik2 bukan main lagi. Kadang2 rasa berat je nak gi mahkamah. Kadang2 marah2 macam tak nak dah jaga anak. Kadang2 duk rumah sorang2. Tapi time tdo ada orang ketuk pintu. Macam ada orang jalan kat depan bilik. Benda2 tu melintas. Orang mandi pepagi buta. Walaupun kita tahu taka da siapa kat rumah. Tapi kena ingat kuasa tuhan tu lagi besar.

Dalam proses mahkamah. Si ex suami cuba nak buat bebaik. Buat alasan nak jumpa. Tapi jangan layankan buat bodoh je. Itu semua taktik. Mira pun tak tau niat dia baik ke tak. So mira buat bodoh je. So selesai kes mahkamah semua. Pihak lelaki kena bayar nafkah setiap bulan. Anak pun tak dapat. Yang buat mira terkejut si ex suami badan kurus kering. Alasan makan hati. Tapi bila tanya kawan2 dia rupanya amik dadah. Itu diri sndr cara masalah.

Hari bertukar hari. Makan bertahun. Sejak habis kes mahkamah, bukan setakat nafkah tak bagi. Jenguk anak pun tak. Tapi mira relax, tak da nak serang2. Tak da nak tanya2. Malas nnt keluarga si ex suami emosi cakap macam2. Nant kita tuntut kat padang masyar.

Fokus Pada Kerjaya

Sejak itu, mira focus pada kerja. Jadilah sampai satu hari tu. Mira kenal dengan seorang jantan. Kerja pun setakat executive. Takda lah kaya. Tapi mungkin sebab dia tengok mira jenis yang bebiasa je setakat spm. Bukan jenis yang nak vogue ala vasss so dia mula pandang serong. Mula-mula berkenalan okay je. Tapi bila dia tahu mira ni takde degree or diploma terus dia reject mira. Katanya makbapak nak cari yang setaraf ada degree lagipun keluarga taknak single mom. So kecik hati mira kena reject gan jantan. Sedangkan time jantan ni susah, mira yang tolong support. Tolong buat memacam. Lama juga mira nak coverup hati kena kutuk. Tapi mira ingat tuhan tu ada.

Rezeki ada dimana-mana. Alhamdulilah, mira naik pangkat. Dari company yang pada mulanya famous kat Malaysia saja dah famous smpi ke negara us. Dari setakat spm alhamdulilah dia dah Berjaya mengalahkan sahabat yang ada degree. Mungkin berkat usahanya. Jantan yang kononya nak cari anak dara cuba korek tips camne si mira ni Berjaya. Kadang2 msg konon nak jumpa, nak belanja minum. Nak mintak maaf. Tapi sebenarnya itu alasan. Dan sekali lagi mira buat bodoh.

Hari demi hari, anak mira pun membesar. Alhamdulilah ada rezeki lebih mira bawa family semua gi bercuti. Mira okay je. Anak2 mira pun tak tanya bapak dia kemana. Walaupun mereka semua dah sekolah. Mungkin cikgu mereka tanya mana bapak mereka. Tapi anak mira relax je cakap oh bapak saya dah kahwin lain. Hua hua hua.

Ramai Yang Dengki Dan Iri Hati

Sampai lah satu hari, mira dapat offer kerja kat New York,us. Pangkat tinggi dan semestinya gaji pun besar. Pada mulanya mak mira tak setuju. Sebab mira sorang2 kat sana. Takde sesiapa yang tengok kan. Last2 mak mira setuju. Yang kelakarnya, bapak mira ingat mira jadi mangsa keldai dadah. Tapi alhamdulilah bukan. Memang company semua buat. Rezeki mira dapat balik Malaysia setiap tahun kekadang 6 bulan sekali. Sebab mira semua ditanggung oleh company.

Kesenangan mira dapat dihidu oleh keluarga gan saudara. Ada saudara siap cakap, alaa tak lama lagi buat perangai lagi, nnt mengandung balik lah Malaysia. Ada saudara yang selalu kutuk kat fb, cakap tinggalkan anak semua. Ada siap tag dosa besar tinggalkan anak kat ibu. Ada bukan saudara mengaku sedara. Ada yang tak pernah amik tahu atau tanya kabar dah ramai mula tanya kabar. Korek rahsia camne boleh kerja macam ni. Macam mana boleh kerja kat sana. Ada tanya khabar terus nak pinjam duit. Ada suami orang tanya khabar. Bf orang nak berkenalan. Tunang orang cuba masuk line. Lawak tapi mungkin suami anda yang cuba bertanya khabar tu.

Mungkin sebab anak2 mira dah besar, boleh lah si mira ni melawa sikit. Duit pun dah banyak. Boleh lah untuk shoping diri sndr. So ramai lah yang cuba try test line kat mira. Sedangkan dulu dorang kutuk2 mira. Sedangkan dulu dorang reject mira. Ada sampai msg mira cakap, dulu aku reject kau sebab aku ingat kau nak jadikan aku pak sangup. Lawak. Ada yang cakap tetiba tak bahagia gan bini. Ada yang cakap, kalau dari dulu aku tau kau senang macam ni dah lama aku kahwin gn kau. Sedangkan mira tak de pun gurat dia dulu. Mungkin niat baik nak berkawan dulu org salah anggap. Jangan terkejut tapi ada laki macam ni. Ingat lah zaman sekarang ramai laki nak kesenangan perempuan. Ramai laki nak perempuan pandai cari duit.

Sikap Kuat Dan Sabar

Inilah manusia inilah melayu. Bila kita senang sikit ada je komen negative bagi. Tapi mira tak dengar cakap orang. Lagipun mira planning nak balik Malaysia dlm masa setahun. Bukan selama-lamanya duduk dibumi orang. Lagipun mira rasa seronok mana di negara orang. Lagi seronok dekat Malaysia. Makanan keluarga semua lagi best. Ada yang tanya kenapa mira tak bawa family pindah us terus. Bukan mira tak nak. Tapi anak mira sendiri taknak. Anak mira cakap malas nak start all over again. Setakat nak kumpul harta untuk kesenangan keluarga bersama apa salahnya.

Ada ramai yang tak tahu pasal mira. Nampak mira buat bodoh. Ada yang kutuk memacam walaupun depan malaikat. Ada yang cuba membandingkan hidup mira gan diri dia. Percayalah, dalam buat bodoh mira ada dalam hati dia terusik. Kadang-kadang ada kawan fb mira membahan kat fb. Status sengaja menuju kat mira. Kata mira desperate. Kata hidup dah macam matsalleh kat us. Nak dikatakan mira ni jenis social. Takde pula. Mira bukan jenis kaki clubbing. Bukan jenis kaki lepak. Habis kerja duk rumah menghadap movie. Rata-rata gambar yang mira upload semua gambar pemandangan takda gambar diri dia pun. Kadang2 mira upload gambar diri dia. Tapi beberapa jam lepas tu dia delete.

Bak kata mira, I keep my circle small. Tak perlu ramai kawan. Cukup lah ibubapa keluarga kecil mira. Sedangkan mira yang tak buat apa2 pun banyak difitnah. Banyak suara2 langau cuba memburukan mira. Apa lagi yang cuba menghukum kehidupan mira. Ada yang kata sampai bebila mira tak akan kawin sbb dosa lampau nya. Ada yang kata mira tak akan jadi ahli syurga sebab membiarkan ibunya yang menjaga anak2 mira. Tapi orang ramai tak tahu. Sebab mira, sekeluarga mira sekarang hidup serba serbi ada. Mira lah yang sponsor abangnya untuk kawen bila abangnya nk kawen. Mira lah yang tolong bayar semua keperluan rumah.

Bila sampai satu tahap, orang semua tanya bila mira nak kawen. Ada yang kata mira memilih. Ingat lah perkahwinan bukan sesuatu yang ringkas. Perlukan masa jiwa dan pengorbanan. Mira siap cakap, tak pelah mama. Kalau takda jodoh asalkan mama gan family semua ada da cukup elok dah. Rezeki orang lain2. Bahagia orang pun lelain. Ada yang bahagia seorang diri. Ada bahagia bersama suami tercinta. Ada yang bahagia tanpa semua. Kita tak boleh nak cakap oh dia ada suami ada anak2 ofcourse lah dia bahagia. Kau takde suami mesti tak happykan. Ingat, harta keluarga apa2 yang kita ada di dunia ni bersifat sementara. Manusia boleh mati. Harta tak bawa ke mati. Melayu lebih ke definisi cinta mesti bersifat dengan manusia. Jangan hukum orang sesuka hati.

Pesanan Buat Ibu Tunggal @ Janda

Untuk ibu-ibu tunggal, saya harap anda terus bersabar. Ramai yang letakan ibu tunggal ini desperate. Takut orang nak dekatkan diri pada sejenis puak macam ni. Mereka takut suami mereka dirampas. Nasihat saya, Jaga diri jaga tingkah laku. Sedikit silap orang akan salahkan kita. Terus dititlekan janda miang. Walaupun lelaki dia yang gatal, kalau kantoi gan bini mesti laki takut terus cakap janda tu yang kacau abang.

Cehh…

Ingat mira hanya ada spm. Tapi dia bukakan mata dia juga setaraf kedudukan dan pemikiran dengan orang yang ada segulung ijazah. Mira tak kaya, tapi rezeki dia alhamdulilah cukup ada. Percaya pada tuhan. Bahagiakan ibubapa. Restu itu penting.

 

Dugaan Dan Ujian Dari Allah

Sebenarnya banyak lagi dugaan mira. Panjang juga kisah mira. Tapi cukuplah sekadar ni. Mungkin ramai yang tertanya. Apa terjadi sekarang kat lelaki yang tak bertanggungjawab tu. Lelaki tu dah berkahwin lain ada anak juga. Isteri dia tak tahu kewujudan anak mira. Lelaki itu masih Berjaya menutup aibnya. Dan semestinya lelaki itu cuba nak suruh mira ada skandal dengan nya lagi. Adakah suami anda? Jeng.. jeng.. jengg…

Ex suami?. Sejak bercerai nafkah tak diberi. Hilang khabar berita. Ada orang cakap mungkin dia dah mati ada juga yang cakap mungkin dia dah kahwin. Tapi tak da khabar selepas tu. Adakah dia suami anda juga?. Hahahahha…

Yang pasti kita tak akan tahu.

Sumber : MIRA

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH RUMAH TANGGA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *