Loading...

E-Mel Bocor. Arab Saudi Bersiap Sedia “MENAKLUK” Qatar Buat Ramai TERPANA !!!

| September 19, 2017 | 0 Comments

E-Mel Bocor. Arab Saudi Bersiap Sedia “MENAKLUK” Qatar Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus -Ketegangan hubungan negara Arab Saudi dan Qatar di lihat sebagai bermasalah. Ancaman demi ancaman berlaku walaupun kita sedar kedua-dua negara majoriti ialah rakyat Islam. Terkini, apa yang ditemui sangat mengemparkan dunia.

ABU DHABI, 28 Zulhijjah 1438H, Selasa – Satu e-mel bertarikh Mei lalu yang dilaporkan bocor, mendakwa Arab Saudi sedang membuat persiapan untuk menyerang jirannya, Qatar.

E-mel antara Duta United Arab Emiriah (UAE) di Washington, Yousef Al-Otaiba dan Diplomat Amerika Syarikat (AS), Elliott Abrams itu mendakwa Arab Saudi sudah begitu hampir untuk ‘menakluki’ Qatar dan ‘menyelesaikan masalah semua orang’, kata pegawai UAE.

Al-Otaiba dilaporkan mendedahkan bahawa Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz ‘hampir-hampir melakukan sesuatu ke atas Qatar’ beberapa bulan sebelum kematiannya pada Januari 2015.

Loading...

Abrams yang terkejut dengan penerangan itu, dalam e-mel yang bocor mengaku: “Saya tidak mengetahui perkara itu. Ianya sesuatu yang dramatik”.

E-mel itu juga dilaporkan mendedahkan perbualan kedua-duanya yang antara lain Abrams dilaporkan berkata, bekas Presiden AS, Barack Obama tidak akan menyokong tindakan Arab Saudi menyerang Qatar, tetapi ‘orang baharu’ – merujuk kepada Presiden Donald Trump.

Dalam e-mel itu juga Abrams mencadangkan Jordan mengawal Qatar, sekali gus menyelesaikan masalah kewangan dan sokongan Qatar kepada ekstremis.

5 Jun lalu, Arab Saudi, UAE, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Qatar dengan dakwaan Doha menbantu dan menyokong gerakan pengganas di rantau itu. Qatar menafikan tuduhan itu.

Empat negara itu mengenakan pelbagai sekatan terhadap Qatar dan mengeluarkan beberapa tuntutan, termasuk menggesa Doha menutup rangkaian stesen televisyen satelit Al Jazeera.

Sementara itu, jurucakap kedutaan UAE berkata, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengesah atau menafikan kesahihan e-mel berkenaan.

Dalam pada itu, Qatar menandatangani perjanjian pembelian 24 pesawat pejuang Typhoon daripada United Kingdom, semalam.

Menteri Pertahanan Qatar, Dr Khalid bin Mohammed Al Attiyah dan Setiausaha Pertahanan United Kingdom, Michael Fallon, menandatangani surat niat pembelian jet itu, dalam usaha memperkuat hubungan dan bantuan ketenteraan kepada Doha.

Typhoon itu adalah pesawat tempur pelbagai peranan yang mempunyai potensi jangka panjang untuk berada di barisan hadapan bagi tempoh bertahun-tahun. – Agensi

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *