Bukan Hanya Ejek-Mengejek, Pembantu Pengetua Dedahkan Sebab Lain2 Punca Bunuh !!!

| September 18, 2017 | 0 Comments

Bukan Hanya Ejek-Mengejek, Pembantu Pengetua DEDAHKAN Sebab Lain2 Punca Bunuh !!! | Era Barus – Ada sebab  lain yang mungkin ramai tidak tahu. Mengapa perkara ini boleh berlaku dan terjadi. Ini satu perkongsian yang menarik untuk diketahui.

 

Selain ejek-mengejek yang menjadi punca pembunuhan 23 nyawa dalam kebakaran tahfiz, timbalan pengetua hari ini mendedahkan dorongan lain pembunuhan.

“Dari awal tahun lagi, budak-budak di kawasan taman di sini mula berselisih faham dengan pelajar Tahfiz Darul Ittifaqiyah, kerana berebut bermain di gelanggang futsal berdekatan pusat tahfiz ini,” kata Mohammad Azhari Mahmod, 40, Timbalan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Mohammad Azhari berkata, sejak awal tahun ini pelajar kerap mengadu tidak puas bermain futsal di gelanggang yang hanya ada sebuah sahaja di kawasan rekreasi milik DBKL.

Menurutnya, pelajar tahfiz berkenaan dibawa keluar untuk beriadah di kawasan rekreasi berdekatan setiap petang Isnin dan Rabu.

Katanya, bagaimanapun dia menasihati pelajarnya supaya mengalah dan bermain di padang di kawasan rekreasi yang sama.

“Daripada kejadian berebut gelanggang futsal saya dah tahu budak-budak di kawasan ini selisih faham dengan pelajar.

“Bukan itu sahaja, Ramadan lalu terdapat sekumpulan individu yang beberapa kali membaling mercun ke dalam kawasan pusat tahfiz berkenaan sebelum menunaikan solat Isyak,” katanya.

Menurutnya, dia menegur pelajar supaya jangan bermain mercun namun pelajar menafikan mereka yang bermain bahan letupan itu sebaliknya terdapat individu yang membaling ke dalam kawasan tahfiz dari luar.

“Dulu tiada perkara sebegini berlaku, tetapi zaman sekarang ramai generasi muda melakukan perkara yang tidak masuk akal,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Menurutnya, dia bersyukur selepas pihak berkuasa berjaya mengenal pasti punca kejadian sekaligus menjelaskan kejadian kebakaran bukan berpunca daripada kecuaian pihak pentadbiran.

“Saya bersyukur. Allah zahirkan perkara yang hak. Banyak pihak yang membuat andaian bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian pentadbiran pusat tahfiz,” katanya.

Khamis lalu, 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.15 pagi.

Susulan daripada kejadian itu, tujuh remaja ditahan dipercayai merancang kebakaran itu dan enam daripadanya positif dadah ketika ditahan.

Sumber : InfoKini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH SOSIAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *