Budak 2 Tahun MAUT Kena 67 Sengatan Tebuan !!! Puncanya Buat Ramai TERKEJUT !!!

| September 19, 2017 | 0 Comments

Budak 2 Tahun MAUT Kena 67 Sengatan Tebuan !!! Puncanya Buat Ramai TERKEJUT !!! | Era Barus -Keseronokan seorang kanak2 berumur 2 tahun bermain di luar rumah bertukar tragedi. Apabila kanak-kanak ini menhampiri sarang tebuan.

BUDAK lelaki berusia dua tahun maut selepas terkena 67 sengatan tebuan di Kampung Padang, Kuantan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa Khaleef Eusoff dikatakan sedang bermain di luar rumahnya sebelum menghampiri kawasan sarang tebuan yang terletak kira-kira 10 meter dari luar kawasan rumah.

Menurut bapa mangsa Raafiee Abdul Rahim, 39, ketika kejadian dia sedang berkebun sementara anaknya bermain berhampiran dengannya.

Bagaimanapun, dia dikejutkan dengan jeritan dan tangisan anak bongsunya itu sebelum mendapati badan anaknya dipenuhi haiwan berbisa berkenaan.

“Saya segera menarik dan membersihkan badannya hingga saya turut disengat tebuan sebelum kami membawanya ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Saya dan isteri kemudian membawa anak kami ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana hospital itu mempunyai kemudahan yang lengkap untuk merawat Khaleef,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Raafiee berkata, anak lelakinya kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira 8 pagi hari ini disebabkan kandungan toksik di dalam darah terlalu tinggi hingga menggagalkan sistem organ dalaman lain untuk berfungsi.

Katanya, Khaleef selamat dikebumikan jam 2.30 petang, hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang dan pihaknya sudah memaklumkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk melakukan kerja pembersihan dan memusnahkan kawasan sarang terbuan itu.

Menceritakan keadaan kawasan sarang tebuan itu, Raafiee berkata, dia menyedari kewujudan sarang tebuan itu sejak beberapa hari lalu yang mana ia terletak di kawasan tong drum yang ditinggalkannya di luar kawasan rumah.

“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun masih terbayang keadaan Khaleef yang meraung kesakitan ketika saya memangkunya dan membawa dia ke hospital.

“Ketika di hospital dia masih dalam keadaan sedar dan boleh bercakap sebelum keadaannya menjadi kritikal pada tengah malam semalam sebelum meninggal dunia,” katanya.

Sumber : HarianMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *