Biodata Ringkas Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehudin Iaitu Sultan Kedah Yang Ke-29.

| September 12, 2017 | 0 Comments

Biodata Ringkas Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehudin Iaitu Sultan Kedah Yang Ke-29.| Era Barus – Raja Muda Kedah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 menggantikan Almarhum kekandanya, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Ini sedikit perkongsian yang menarik untuk diketahui.

Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin dilahirkan pada 30 April 1942 di Alor Setar Kedah. Untuk makluman pembaca Tunku merupakan anak kesembilan daripada 13 adik beradik. Ayahandanya ialah Sultan Badlishah iaitu Sultan Kedah yang ke-26 dan bondanya ialah Sultanah Asmah Binti Almarhum Sultan Sulaiman yang merupakan anak Sultan Terengganu iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Adik beradik Tunku terdiri daripada Almarhum Tunku Tan Sri Annuar (1939-2014), Tunku Hosnah (1938), Tunku Budriatul Jamal (1947), Tunku Kamaliah ( 1949), Tunku Nafisah (1950), Tunku Abdul Hamid Thani (1951) dan adik beradik yang berlainan bonda tetapi sama ayahanda terdiri daripada Tunku Abdul Hamid (1925), Tunku Hamidah (1926-2015), Tunku Abdul Malik (1929-2015), Tunku Sakina (1930) dan Tunku Mansur (1932-1934). Tunku Salehuddin menyertai ketenteraan dengan bermula latihan menjadi kadet di Akademi Ketenteraan India, Dehradun India pada 23 Julai 1962 sehingga 30 Jun 1963.

Tunku Sallehuddin mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Tengku Maliha Tengku Arif dan telah dikurniakan dua orang putera. Pada 15 Disember 2016 bersamaan hari Jumaat Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah dalam majlis penuh istiadat di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit. Istana pemasyhuran pelantikan serta menjunjung duli itu diadakan bersempena dengan keberangkatan pulang Sultan Kedah setelah tamat tempoh lima tahun pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 12 Disember 2016 bersamaan pada hari Isnin.

Tunku Sallehuddin menggantikan Raja Muda Kedah sebelum ini iaitu Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah yang telah mangkat pada 29 November 2015 pada usia 86 tahun di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Kedah akibat kegeringan. Pengisytiharan pemasyhuran tersebut dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Datuk Bakar Din di hadapan Almarhum Sultan Kedah sendiri iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun. Tunku Sallehuddin telah melafazkan taat setianya untuk melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan ikhlas serta akan sentiasa patuh dalam menjunjung titah Sultan Kedah.

Tunku Sallehuddin kemudian melafaz sumpah dan menandatangani Watikah Sumpah Raja Muda yang turut disaksikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri iaitu Datuk Syeikh Abdul Rahman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Hashim Hamzah. Sultan kedah berkenan mengurniakan keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan istiadat itu disusuli dengan paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam.

Istiadat tersebut turut dihadiri Tunku Laksamana Kedah iaitu Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah iaitu Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta beberapa kerabat Diraja yang lain. Pada 12 September 2017 Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah mangkat semalam. Merafak sembah takzim buat DYMM Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di atas perlantikan sebagai Sultan Negeri Kedah ke-29.

Sumber : orangkedah.com

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *