Angkara Mi Segera Berbau Busuk Terjadi Pembunuhan KEJAM Yg Tak Masuk Akal Buat Ramai TERPANA !!!

| September 11, 2017 | 0 Comments

Angkara Mi Segera Berbau Busuk Terjadi Pembunuhan KEJAM Yg Tak Masuk Akal Buat Ramai TERPANA !!! | Era Barus – Pembunuhan zaman sekarang sukar dijangka. Kisah ini berlaku di Thailand. Angkara Mi segera yang berbau kurang enak di hidung jiran telah mengubah menjadi insiden berdarah.

Gara-gara mi segera yang dikatakan berbau busuk, seorang maut dan tiga orang cedera.
BANGKOK: Seorang lelaki terbunuh dan tiga orang cedera pada hari Jumaat dalam satu pergaduhan gara-gara bau mi segera yang busuk.

Portal The Nation lapor Somchai Klinhom, 47, ditikam mati oleh jirannya – dua lelaki dan seorang wanita di rumahnya di daerah Khan Nayao, Bangkok pada jam 11.45 pagi.

Menurut pihak polis, Somchai dan jirannya sering bertengkar. Pada Khamis lalu, satu pertelingkahan tercetus selepas jiran Somchai mengadu berhubung bau mi segera yang sedang dimasak oleh adik Somchai.

Menurut lelaki berkenaan, bau mi tersebut terlalu kuat dan busuk.

Ia kemudian diselesaikan di Balai Polis Khan Nayao.

Pada hari Jumaat, Somchai sekali lagi bertengkar dengan jirannya. Kali ini, dia menjerit kepada ibu mereka, yang menyebabkan ketiga-tiga mereka masuk ke dalam rumahnya dan menyerang Somchai.

Polis menjumpai pisau direndam darah dan tongkat kayu di tempat kejadian.

Jiran Somchai yang mengalami kecederaan pula dikejarkan ke hospital.

Sumber : astroawani

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH WANITA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *