Misteri “Harta Karun” Jeneral YAMASHITA Yg Tersembunyi Buat Ramai TERKEJUT !!!

| August 8, 2017 | 0 Comments

Misteri “Harta Karun” Jeneral YAMASHITA Yg Tersembunyi Buat Ramai TERKEJUT !!! | Pernahkah anda mendengar cerita tentang Harta Karun Yamashita? Dipercayai harta karun itu tertanam di dalam terowong yang mempunyai kompleks bawah tanah dan gua di dalam hutan jauh di pendalaman Filipina.

Gambar Sekadar Hiasan : Sumber : Google Images

Sememangnya diketahui yang Jepun telah menakluk seluruh Asia dalam Perang Dunia Kedua. Menurut lagenda, tentera Jepun telah merampas dan mengumpulkan banyak harta berharga dan menumpukan usaha dan masa yang banyak untuk membawanya pulang ke Jepun.

Filipina adalah negara taklukan Jepun dengan lokasi strategik yang digunakan oleh tentera Jepun untuk mengumpulkan kesemua harta yang telah dirampas dan dikumpul itu di Filipina sebelum dipenuhkan ke dalam kapal di pelabuhan untuk dibawa ke Jepun.

Malangnya , Jepun telah mengalami kekalahan dalam Perang Dunia Kedua dan tentera Amerika telah mara ke seluruh Asia dengan memusnah dan menenggelamkan banyak kapal Jepun di Lautan Pasifik dan Laut China Selatan.

Jeneral Tomoyuki Yamashita telah diberikan misi untuk menyelamat dan menyembunyikan harta rampasan tentera Jepun.

Sumber : elitereader.com

Pihak berkuasa Jepun telah memutuskan untuk meninggalkan harta rampasan yang masih berada di Filipina dan mengarahkan Jeneral Tomoyuki Yamashita untuk merancang dan menguruskan kesemua harta itu dengan membina terowong dan mencari gua yang terasing untuk menyembunyikan kesemua jongkong emas dan harta berharga yang lain yang masih tertinggal.

Tentera Jepun dan tawanan perang yang biasa dikerah membina terowong kemudiannya diarahkan untuk mengalihkan kesemua harta rampasan itu ke dalam gua di pendalaman Filipina.

Selepas kesemua jongkong emas dan harta berharga itu dipindahkan di situ, laluan masuknya telah diletupkan dengan bom untuk tutupan rapi dan dikambus. Kesemua tentera dan buruh paksa yang dikerah memindahkan harta rampasan itu biasanya dibiarkan terperangkap dan mati bersama harta yang disembunyikan apabila bom diletupkan.

Jeneral Yamashita dilihat di lokasi terakhir penyembunyian emas dan harta berharga tersebut.

Sumber : elitereader.com

Pada saat berakhirnya Perang Dunia Kedua, Pihak Bersekutu dan tentera Filipina telah mengarahkan Tentera Jepun supaya berundur , yang meninggalkan beberapa lokasi yang tidak didedahkan akan tempat persembunyian harta dan emas yang dipanggil Harta Karun Yamashita atau biasa juga dikenali dengan Emas Yamashita.

Pada tahun 1971, seorang lelaki bernama Rogelio Roxas mendakwa telah menjumpai Harta Karun Yamashita.

Pada tahun 1988, seorang  pemburu harta karun berbangsa Filipina bernama Rogelio Roxas telah memfailkan saman keatas bekas Presiden Filipina , Ferdinand Marcos dan isterinya Imelda Marcos kerana telah melakukan rompakan dan pencabulan hak asasi manusia.

Roxas mendakwa dia dan pasukannya telah menemui dan membuka  satu gua tertanam di atas tanah kerajaan berdekatan Bandar Baguio .

Di dalam gua itu tersembunyi beberapa senapang bayonet, pedang samurai, radio dan rangka manusia yang berpakaian tentera Jepun.

Mereka juga menemui satu patung Buddha emas 24 karat setinggi 3 kaki dan beberapa susunan peti.

Roxas berkata dia telah membuka salah satu peti itu dan menjumpai ia dipenuhi dengan jongkong emas. Roxas mendakwa dia telah menutup kembali gua itu dan membawa pulang patung Buddha emas dan satu peti berisi 24 jongkong emas.

Roxas merancang untuk menjual patung Buddha emas itu dan menggunakan wangnya untuk menyewa beberapa buah lori dan peralatan untuk membawa keluar kesemua harta yang dijumpai itu. Malangnya Roxas telah membuat satu kesilapan besar yang agak merugikan.

Berita tentang penemuan harta oleh Roxas telah sampai ke pengetahuan diktator Filipina , Ferdinand Marcos yang telah menghantar tenteranya ke rumah Roxas dengan mengeledah dan merampas patung Buddha emas dan kesemua 24 jongkong emas tersebut.

Roxas telah ditangkap dan diseksa oleh pengawal peribadi Marcos yang mahukan lebih maklumat dan lokasi persembunyian Harta Karun Yamashita.  Roxas telah dipenjarakan dan selepas dibebaskan , dia telah meninggal dunia pada tahun 1993.

Pada tahun 1996, keluarga Rogelio Roxas telah menang dalam samannya ke atas Marcos. Anak lelaki Roxas , Henry berkongsi dengan mengatakan yang perbicaraan itu menerangkan bagaimana mendiang bapanya telah mengembara dan  menjejaki Harta Karun Yamashita.

Selama lebih 50 tahun, beribu pemburu harta karun dari seluruh dunia telah menjejaki Harta Karun Yamashita di seluruh Filipina.

Baru-baru ini tersebar di media sosial sebuah video yang dipercayai diambil oleh salah seorang pemburu harta karun. Dilihat pemburu harta karun itu sedang meneliti beberapa jongkong emas yang tersusun di dalam sebuah gua yang dipenuhi bom dan periuk api.

Pemburu harta karun ini mendakwa mereka telah menemui emas yang dipercayai milik Jeneral Yamashita . Ini membuktikan yang lagenda Harta Karun Yamashita itu adalah benar dan lokasi persembunyian harta  itu sememangnya berada di beberapa tempat di seluruh Filipina.

Lihat video penemuan jongkong emas dipercayai dari Harta Karun Yamashita di bawah :

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH DUNIA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *