3 Warga Britain Lakukan “AKSI Ganas” BERGILIR-GILIR Kepada Wanita Malaysia Buat Ramai TERPANA !!!

| August 15, 2017 | 0 Comments

3 Warga Britain Lakukan “AKSI Ganas” BERGILIR-GILIR Kepada Wanita Malaysia Buat Ramai TERPANA !!! | SINGAPURA – Tiga warga Britain yang dibicarakan dua minggu lepas kerana bergilir-gilir merogol seorang wanita rakyat Malaysia di Carlton Hotel hari ini mengaku bersalah kerana melakukan pemerkosaan yang teruk, selepas mengambil masa seminggu mempertimbangkan pertuduhan yang dikurangkan, demikian lapor akhbar The Straits Times.

Gambar Sekadar Hiasan : Sumber : Google Images

Khong Tam Thanh, 22, Vu Thai Son, 24, dan Michael Le, 24, mengaku bersalah kerana mencabul kehormatan wanita itu dengan melakukan hubungan seks dengan wanita itu dan secara  salah  menahannya pada awal 10 Sept tahun lalu, kata laporan itu.

Thanh dan Son juga masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan kedua mencabul kehormatan wanita itu dengan melakukan satu lagi tindakan seksual ke atasnya yang ketika itu berumur 22 tahun.

Bagaimanapun, ia tidak disebut di mahkamah kenapa pertuduhan itu dikurangkan, kata laporan itu.

Mereka dijangka dihukum pagi esok.

Hukuman bagi kesalahan pencabulan yang teruk adalah di antara dua dan 10 tahun penjara dan dirotan, kata laporan itu.

Ketiga-tiga mereka yang berketurunan Vietnam, merupakan sebahagian daripada sekumpulan rakan yang datang ke Singapura pada 9 Sept untuk mengadakan pesta bujang dan bagi menghadiri festival muzik.

Timbalan pendakwa Raya G. Kannan memohon supaya Lee dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tujuh tahun penjara bagi Thanh dan Son.

Beliau dipetik sebagai berkata: “Mereka menjadikan wanita itu sebagai objek, mereka melayannya seperti suatu benda yang boleh digunakan dan didera”.

Menurut laporan itu, Shashi Nathan, mewakili Thanh, membaca surat permohonan maaf di mana anak guamnya menawarkan $5,000 (S$1=RM3.13) kepada wanita itu sebagai menunjukkan perasaan kesal.

Son dan Le juga mengemukakan surat kepada mahkamah bagi memohon maaf dengan mangsa, kata laporan itu. – Bernama

Sumber : SinarHarian

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH VIRAL

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *